Going The Distance



FILEM: Going The Distance
ARAHAN: Nanette Burstein
GENRE: Komedi romantik
TAYANGAN: 2 September 2010
SUMBER: Hmetro
PELAKON: Drew Barrymore, Justin Long, Charlie Day, Jason Sudeikis, Christina Applegate dan Ron Livingston

Sinopsis Going The Distance

Mengisahkan Garret yang sering menghadapi masalah untuk memberi komitmen serta memahami kehendak wanita biarpun peringkat awal Garret boleh dikatakan menurut setiap langkah dalam ‘buku’.

Garret yang tinggal di New York dan baru saja memutuskan hubungan dengan teman wanitanya, bertemu Erin dari San Francisco secara tidak sengaja di sebuah bar. Pertemuan tidak diduga itu bertukar menjadi hubungan intim yang akhirnya bersulam bibit cinta.

Bagaimanapun, setelah enam minggu menghabiskan masa bersama Garret di New York, Erin terpaksa pulang ke San Francisco untuk menamatkan pengajiannya.

Hubungan jarak jauh yang terjalin antara mereka mencipta pelbagai kisah lucu dan sedih yang pasti mengundang cetusan rasa pada penonton, terutama yang mabuk bercinta.