Grown Ups



Sinopsis Grown Ups (Bharian.com)

Filem: Grown Ups
Pengarah: Dennis Dugan
Genre: Komedi
Mula Tayang: 26 Ogos 2010
Pelakon: Adam Sandler, Kevin James, Chris Rock, David Spade, Rob Schneider, Salma Hayek, Maria Bello dan Maya Rudolph

Grown Ups berkisarkan lima sahabat yang terpisah selepas menjuarai pertandingan bola keranjang pada 1978 dan bertemu semula bersama keluarga masing-masing selepas 30 tahun - ketika menghadiri upacara pengebumian jurulatih mereka.

Lenny Feder (lakonan Sandler), ketua kumpulan itu yang kini di kenali sebagai pencari bakat berpengaruh di Hollywood memutuskan untuk menyewa sebuah rumah berhampiran tasik. Lokasi itu dulu digunakan mereka untuk meraikan kemenangan selepas menjuarai pertandingan bola keranjang ketika masih menuntut di bangku sekolah.

Bagaimanapun, Lenny tidak dapat menghabiskan cuti hujung minggu bersama empat temannya itu kerana isterinya, Roxanne (Salma Hayek) terpaksa ke Milan untuk menyertai sebuah pertunjukan fesyen. Ketika di rumah itu, Lenny terganggu dengan sikap anak-anaknya yang terlalu leka bermain permainan video hingga tidak berminat menyertai aktiviti luar.

Situasi itu mendesak Lenny dan empat temannya membuat beberapa perancangan untuk memaksa semua anak mereka menghargai saat keemasan itu.