Kampung Prima - Babak 105 (Astro Prima)




Sabtu, pukul 10.30 pagi, 11 September 2010

Mengisahkan kehidupan Kabu dan Kabi bersama keluarga Haji Kedek (singkatan dari perkataan Kedekut) di Kampung Prima. Haji Kedek mempunyai seorang isteri dan seorang anak perempuan bernama Fatimah. Fatimah memiliki rupa paras yang cantik dan menawan, namun matanya sedikit juling. Kabu dan Kabi meminati anak Haji Kedek tetapi sedar akan kekurangan diri. Mereka juga tidak tahu yang Fatimah sudah mempunyai tunang di Kuala Lumpur. Cerita ini bermula pada sehari sebelum hari raya sehingga ke pagi raya. Pelbagai perkara yang berlaku di antara Kabu dan Kabi dalam masa tersebut. Program ini adalah sebuah sitkom yang mengandungi unsur muzikal. Lagu-lagu yang terdapat di dalam ini telah diubah liriknya mengikut kesesuaian perjalanan jalan cerita dan skrip, dan ditambah elemen komedi.

Pelakon: Salleh Yaakob, Julia Ziegler, Johan Raja Lawak, Zizan Raja Lawak, Angah Raja Lawak, Nor Syuhaida, Corrinne Adrienne, Maslina Nasir, Taukeh Raja Lawak, Caca Raja Lawak, Alex Raja Lawak.


Sinopsis Kampung Prima: Babak 105 (mstar.com)

INSPIRASI dari filem lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee berjudul Nasib Si Labu Labi, Astro Prima bakal membawakan sebuah komedi muzikal berjudul Kampung Prima: Babak 105 pada hari raya kedua ini.

Sitkom yang membariskan beberapa pelakon popular seperti Johan, Zizan, Salleh Yaacob, Julia Ziegler, Caca Raja Lawak 4, Angah Raja Lawak, Norsyuhaida @ Dottie dan ramai lagi.

Drama komedi pertama Astro Prima ini mengisahkan kehidupan Kabu dan Kabi bersama keluarga Haji Kedek di sebuah kampung bernama Kmapung Prima. Haji Kadek mempunyai seorang isteri dan seorang anak perempuan bernama Fatimah. Fatimah memiliki rupa paras yang cantik dan menawan, namun sedikit juling.

Kabu dan Kabi meminati anak Haji Kedek tetapi sedar akan kekurangan diri. Mereka juga tidak tahu Fatimah mempunyai tunang di Kuala Lumpur.

Cerita ini bermula pada sehari sebelum hari raya sehingga ke pagi raya. Pelbagai perkara yang berlaku di antara Kabu dan Kabi dalam masa tersebut.

Dalam pada itu, terdapat lebih 14 buah lagu lama dan baru yang telah digubah mengikut kesesuaian perjalanan cerita dan skrip dan ditambah dengan elemen komedi.

Menurut Penerbit Eksklusif, Nizam Hamid, drama berdurasi 90 minit ini merupakan drama komedi muzikal pertama Astro Prima yang diilhamkan dari filem Allahyarham P.Ramlee.

"Sempena hari raya ini Astro Prima sengaja mempelbagaikan program, kami selitkan dengan komedi muzikal ia adalah kesinambungan dari filem P.Ramlee yang mendapat sambutan dan rating tertinggi setiap hari.

"Kita lihat cerita-cerita Allahyarham P.Ramlee ada pengikut tersendiri dan ramai yang masih meminatinya, jadi kami ambil konsep idea dari sebuah filem yang berjudul Nasib si Labu Labi,"ujarnya.

Dalam pada itu berhubung pemilihan pelakon, Nizam memberitahu Zizan dan Johan adalah tunggak utama sitkom ini, manakala pelakon-pelakon lain adalah terdiri dari bakat-bakat yang dicungkil oleh Astro sendiri.

"Skrip ini semamangnya untuk Johan dan Zizan sebab mereka mempunyai keserasian tersendiri apabila bersama, namun pelakon-pelakon lain kita ambil dari bakat-bakat seperti Raja Lawak, termasuk bakat baru seperti Maslina Nasir (Lagenda Budak setan) dan Nurshuhaida (Dottie).

"Kita juga pada awalnya ingin membawa Erra Fazira, Vanida Imran, Khairil Rashid dan Raja Azura tetapi masing-masing mempunyai masalah tersendiri," katanya.

Sitkom yang menelan belanja agak besar ini akan ditayangkan pada hari raya kedua, 11 September, pada pukul 10.30 pagi di saluran 105, Astro Prima.


Download Kampung Prima - Babak 105

Mediafire:
  1. http://www.mediafire.com/?w2ovl9whdwv9hl2
  2. http://www.mediafire.com/?js47ayea7sqy68h


Hotfile:
  1. http://hotfile.com/dl/69433253/57e0b28/Kampung.Prima.Babak.105.SDTV.DiMENSi.rmvb.001.html
  2. http://hotfile.com/dl/69433324/b3b4da3/Kampung.Prima.Babak.105.SDTV.DiMENSi.rmvb.002.html