Pak Nil "Ibu Kirim Salam"



Sinopsis Pak Nil "Ibu Kirim Salam" (hmetro.com)

Telefilem ini yang mengisahkan seorang remaja istimewa bernama Ramlan berumur awal 20an yang terlalu meminati pengacara popular iaitu Aznil Haji Nawawi dan berhasrat untuk ke Kuala Lumpur bertemu dengan Aznil.

Dalam perjalanan bertemu Aznil, Ramlan telah melalui pelbagai rintangan dan cabaran yang menguji keimanan dirinya. cerita penuh dengan nilai kerohanian ini turut diselitkan dengan lawak jenaka bagi menghiburkan penonton.

Lebih menarik lagi telefilem berdurasi 90 minit ini akan menampilkan seramai 30 orang pelakon antaranya Along Cham, Didi Alias, Angah RL, Joey, Soya, Linda Onn, Yan Kassim, Almy Nadia, Ekin dan Aida Khalida.


“Pak Nil Ibu Kirim Salam ini saya tulis berdasarkan kisah benar tentang peminat setia saya iaitu remaja autism yang pernah lari dari Klang, Selangor dan datang ke rumah keluarga saya di Kulai, Johor beberapa tahun lalu.

“Daripada kisah itu, saya angkat ia menjadi satu jalan cerita yang penuh dengan pengajaran, keinsafan dan banyak isu yang saya bangkitkan di dalamnya. Karakter remaja autism ini dimainkan oleh Along dan banyak pelakon lain termasuk Aznil Nawawi sendiri berlakon serta Linda Onn, Didie Alias, Almy Nadia, Hamid Gurkha, Zamani, Kaza, Soya dan ramai lagi yang sudi terbabit dalam drama sulung arahan saya ini,” kata mawi yang sengaja memilih judul Pak Nil dan menggunakan populariti selebriti tersohor tersebut kerana kredibiliti Aznil yang cukup digemari oleh semua lapisan masyarakat.

Telemovie Pak Nil...Ibu Kirim Salam akan menemui penonton, jam 12 tengah hari 17 September ini menerusi saluran Astro Prima. Ia terbitan ketiga MW Entertainment Sdn Bhd selepas dua telemovie, Rumah Baru, Bini Baru, Baru Raya serta Jiwa Kacau. Kata Mawi, telemovie menjalani penggambaran sekitar Kuala Lumpur, Seri Kembangan dan Hulu Langat itu dibantu pengarah Jamal Khan.