Program TV Hari Raya (Astro )



Program TV Hari Raya (Astro ) - Raya di Astro
sumber: forumcari dan astro


ASTRO PRIMA
  1. Telefilem Nak Balik Raya
  2. Aidilfitri Abang Kassim Pon Pon
  3. Kampung Prima: Babak 105
  4. Baju Baru Di Pagi Raya
  5. Dodol Si Bujang Sepah
  6. Syurga Di Pagi Syawal
  7. Arca Cinta
  8. Pak Nil…Ibu Kirim Salam
  9. Pondok Plastik Di Tepi Kubur
  10. Nyawaku Di Tali Gantung
  11. Tetamu


ASTRO RIA
  1. Odisi Raja MJ Lagi
  2. Megaraya Syawal Bersama Bintang
  3. Jangan Lupa Lirik Raya! Raya 2010!
  4. Lemang
  5. Lebaran
  6. Labuci
  7. Konsert Satu Datuk Siti Nurhaliza
  8. Kata Kau Istimewa Aidilfitri
  9. Lebaran Diva Datuk Siti
  10. Itu Dia…Raya Datang Lagi
  11. Glamor Raya
  12. Glamorkan Raya Anda
  13. Trek Selebriti Kecohnya Raya Bersama Aril
  14. Ibuku Mee Segera
  15. Aidilfitri Di Kulaifornia

ASTRO OASIS
  1. Imam Muda Istimewa Raya
  2. Inspirasi Sanubari Istimewa
  3. Kau Tak Pernah Janji
  4. Kabus

ASTRO WARNA
  1. Spontan Raya
  2. 3 Budak Botak
  3. 2 Di Hari Raya
  4. Tu Dia Kiah Nak Raya


ASTRO CERIA
  1. Belalang Istimewa

ASTRO CITRA
  1. P.Ramlee The Musical
  2. Ungu Violet
  3. Papadom
  4. Andartu Terlampau…21 Hari Mencari Suami
  5. Lost In Love
  6. Myspy


odisi
ODISI RAYA MJ LAGI!
Hari: Jumaat,
pukul: 10.00 pagi,
tarikh Tayangan: 10 September 2010

Pelakon: Zizan Raja Lawak, Memey Suhaiza, Ebby Yus, Marissa Yasmin, Tauke Raja Lawak & Acong Sweet Child.

Mat Jijan atau MJ kini kembali lagi dengan odisi Hari Raya nya yang penuh dengan aksi-aksi lucu, sedih dan mendebarkan. Akibat daripada kesilapan identiti, MJ dan LadyG telah dikejar oleh kuncu-kuncu Along iaitu Tiger dan Man Jepun sehingga terbongkarnya suatu rahsia yang mengejutkan. Saksikan juga penampilan istimewa Juara Imam Muda, Asyraf di dalam telefilem istimewa sempena Hari Raya ini.



MEGARAYA SYAWAL BERSAMA BINTANG
Jumaat, pukul 4.00 petang, 10 September 2010

Artis: Aznil Hj Nawawi, Anita Sarawak, AC Mizal, Jimmy Shanley, Sarimah Ibrahim, Erra Fazira, Scha Al-Yahya, Mawi, Zoey, Farid Kamil.
Artis Jemputan: Noorkumalasari, 4U2C, Aizat, Kumpulan Kecik dan Idlan Raja Lawak 4

Megaraya Syawal bersama bintang, tahun ini disambut lebih meriah dengan kehadiran artis-artis ekslusif Astro menyambut lebaran dan mendendangkan lagu-lagu raya dari tahun 70-an hingga 90-an. Lihat telatah artis kesayangan anda menyanyi, menari dan berkongsi pengalaman raya mereka dalam rancangan yang bakal memberikan anda suatu kelainan di hari Raya.



JANGAN LUPA LIRIK RAYA! RAYA! RAYA 2010!
Jumaat, pukul 6.00 petang, 10 September 2010

Artis: Ning Baizura, Fahrin Ahmad, Zizan Raja Lawak

Saksikan gandingan mantap Ning Baizura, Fahrin Ahmad dan Zizan Raja Lawak menyelesaikan lirik-lirik lagu dalam rancangan Jangan Lupa Lirik! Raya! Raya! Raya!. Mampukah mereka menunjukkan kehebatan mereka dah berjayakah gandingan ini mengumpulkan wang untuk disalurkan kepada badan-badan kebajikan sempena hari Raya ini. Pastikan raya anda lebih ceria dengan menonton episode khas Jangan Lupa Lirik! Raya! Raya! Raya!




lll shot semua
LEMANG, LEBARAN, LABUCI (BHG 1, 2, 3)
Jumaat, pukul 8.30 malam, 10 September 2010

Sabtu, pukul 8.30 malam, 11 September 2010
Ahad, pukul 8.30 malam, 12 September 2010
Artist : Jimmy Shanley dan penampilan istimewa Nad AF8, Aliff AF8, Shah AF8, Dina ERA, Ray ERA dan Haniff ERA
Bahagian 1- Jimmy : Lemang lebaran labuci, merupakan sebuah program khas di aidilfitri yang dihoskan oleh 3 personaliti menarik iaitu Jimmy Shanley, Sarimah dan juga juara baru AF8, Shahir.Episod ini yang dihoskan oleh Jimmy Shanley mengetengahkan keistimewaan hidangan aidilfitri seperti lemang dan juga rendang yang disediakan melalui cara tradisional dan juga moden. Disamping itu, ditayangkan juga koleksi-koleksi lagu lebaran yang popular satu masa dahulu dan juga kini. Di segmen terakhir, koleksi pakaian aidilfitri Melayu Johor tradisional dan terkini dari Salikin Sidek.


KataKau
KATA KAU ISTIMEWA AIDILFITRI
Jumaat, pukul 10.30 malam, 10 September 2010

Artis: Reza Mohammad, Scha Al Yahya, Sharifah Shaheera, Nabil Raja Lawak, Shamsul Ghau Ghau
Gandingan pengacara Scha Al Yahya dan Reza Mohammad bakal mengamatkan Syawal tahun ini dengan telatah menghiburkan selebriti kesayangan anda, berentap di dalam rancangan kuiz yang pastinya akan menghiburkan anda seisi keluarga.


Lebaran Diva Dato Siti
LEBARAN DIVA DATO' SITI
Sabtu, pukul 4.00 petang, 11 September 2010

Pastinya Raya anda lebih meriah dengan dendangan suara Dato' Siti Nurhaliza, Saksikan kemerduan dan kelunakan suaranya mengalunkan lagu-lagu terbaiknya dalam rancangan ini. Buat pertama kalinya, Dato’ Siti berganding dengan Juara AF8, Shahir dan Bintang AF7, Akim, istimewa di Hari Raya Aidilfitri ini. Hanya yang terbaik di Lebaran Diva Dato' Siti.
Artis: Dato’ Siti Nurhaliza, Shahir AF8, Akim AF7




itu dia
ITU DIA..RAYA DATANG LAGI!
Sabtu, pukul 10.30 malam, 11 September 2010

Itu Dia merupakan program bercorak candawara dan hiburan yang melibatkan pembabitan selebriti tempatan. Para selebriti perlu memasuki 3 jenis bilik berlainan yang menjanjikan suatu cabaran baru bagi para selebriti. Untuk episod istimewa Raya pada kali ini, para selebriti perlu menjadi 3 watak yang berlainan iaitu pencuri malam raya, anak yang pulang ke pangkuan keluarga pada malam raya dan tukang jahit.
Selebriti: Hanif & Raya ERA FM, Noni AF, Salih Yaakob



GLAMOR RAYA, GLAMORKAN RAYA ANDA!
Ahad, pukul 6.00 petang, 12 September 2010

Glamorkan raya tahun ini dengan kehadiran “artis-artis” baru dengan pelbagai rentak tari, nyanyian dan fesyen Raya terhebat! Rancangan pertandingan nyanyian lagu Raya yang di hoskan oleh Aznil Hj. Nawawi memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk mengetengahkan bakat nyanyian dan persembahan di atas pentas. Glamor Raya menjanjikan sesuatu yang penuh glamor, meriah, warna-warni dan sensasi sempena Hari Raya ini.

Artis: Aznil Hj Nawawi, Dollah Chantek



Lawaknya Fantasi Raya
LAWAKNYA FANTASIA RAYA
Ahad, pukul 9.00 malam, 12 September 2010

LAWAKNYA FANTASIA RAYA mengisahkan Ayu, seorang pelakon dan pengacara wanita popular yang tiba di sebuah kampung yang bernama Kampung Tok Kecut untuk menunjukkan kepada peminat-peminatnya yang dia boleh menjalani kehidupan di kampung. Tetapi dia sebenarnya seorang Diva dan plastik bila di belakang kamera. Kehadiran Ayu ke Kampung Tok Kecut telah menyebabkan keadaan menjadi kecoh dan banyak perkara lucu berlaku. Pada masa yang sama Azrul, Pengurus Produksi dan Tok Jai Ketua kampong meminati Ayu. Apakah kesudahan program Realiti Ayu di kampung Tok Kecut dan dapatkah Ayu menjalani rutin harian secara aman di kampong Tok Kecut? Jangan lupa saksikan LAWAKNYA FANTASIA RAYA.

Pelakon: Rozita Che’ Wan , Dato Aziz Sattar, Norlia Ghani, Azrul Raja Lawak, Shahir AF8, Mawi AF5, Adira AF8, Iwan AF8, Anum AF8 , Kecik, Akim AF, Stacy AF 6




TREK SELEBRITI KECOHNYA RAYA BERSAMA ARIL
Isnin, pukul 1.30 petang, 13 September 2010

Episod kali ini membawakan para penonton kembali ke kampung Aril bersama rakan artis-Akim AF7, Amar dan Ana Raffali untuk membuat persiapan bagi menyambut ketibaan Aidilfitri. Saksikan kecohnya sambutan Raya di kampung halaman pabila Aril menyambut 3 tetamunya bertandang ke kampung halamannya sempena menyambut kedatangan Syawal.

Selebriti: Aril AF7, Akim AF7, Amar (Kau & Aku), Ika (Kau & Aku), Ana Raffali




IBUKU MEE SEGERA
Isnin, pukul 2.00 petang, 13 September 2010

Dua rakan baik yang pernah bersatu dalam satu kumpulan kini bertelagah kerana berselisihan pendapat. Kini mereka menjadi pengurus kepada anak-anak mereka yang mengikut jejak langkah mereka sebagai selebriti tempatan. Telefilem komedi ini menceritakan tentang industri hiburan tempatan. Telefilem komedi ini bakal mencuit hati anda di hari raya.

Pelakon: Kumpulan Sepah, Sharifah Shaheera, Marissa Saila, Yasmin Hani


NGOMPOL
Selasa, pukul 2.00 petang, 14 September 2010

Ngompol mengisahkan Jim atau nama jawanya Wagiman, seorang pelakon lelaki popular negara. Jim seorang yang mempunyai personaliti yang menarik. Kacak. Bergaya dan mempunyai jutaan peminat di seluruh Malaysia. Pendek kata Jim mempunyai karisma sebagai seorang lelaki yang menjadi idaman wanita. Namun begitu sebagai seorang artis lelaki tersohor, Jim tak lari dari dunia gosip tanah air. Imejnya sebagai kasanova kerap kali mewarnai majalah-majalah dan akhbar tempatan. Dia di katakan gemar bertukar tukar kekasih.

Jim menyembunyikan satu rahsia yang amat besar dalam hidupnya. Rahsia yang cuma diketahui oleh ahli keluarganya dan Ed. Jim sebenarnya mengalami penyakit kencing malam yang kronik. Dia selalu ngompol!!!!

Pelakon: Zed Zaidi, Wan Sharmila, Isma Yusuf, Ruminah Sidek, Irma Hasmie




Kulaifornia
AIDILFITRI DI KULAIFORNIA
Rabu, pukul 11.30 malam, 15 September 2010

Aidilfitri Kulaifornia mengisahkan sepasang suami isteri, Zahid dan Julia, yang ditipu wang oleh rakan sekerja ketika bulan ramadhan menjelang tiba. Keadaan bertambah buruk apabila ibu Julia dari London ingin pulang beraya bersama mereka. Terdesak, mereka melakukan berbagai siri jenayah kecil untuk mencari duit untuk beraya.

Pelakon: Jehan Miskin, Siti Fazurina, Didie Alias, Farid Rashid




spontan
SPONTAN RAYA
Jumaat, pukul 11.00 pagi, 10 September 2010

Spontan adalah sebuah program pementasan secara bersahaja berdasarkan situasi yang dilakonkan oleh Artis Komedi yang mampu mencuit hati penonton dan sesuai ditonton oleh segenap lapisan umur.

Pelakon: Tauke Raja Lawak, Afdlin Shauki, Douglas Lim, Zizan Raja Lawak, Bell Ngasri



3 BUDAK BOTAK 2 HARI DI HARI RAYA (Telefilem)
Jumaat, pukul 9.00 malam, 10 September 2010

Mengetengahkan sikap saling hormat-menghormati dan bekerjasama dalam kehidupan. Serta sentiasa bersyukur dengan kenikmatan hidup yang di beri. Bila kita berada dalam kesusahan kita haruslah sentiasa bersabar dan cuba mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Kesinambungan dari drama bersiri Tiga Budak Botak, kisah kali ini berkisarkan tentang telatah dan kelucuan tiga adik beradik angkat iaitu Kassim, Wan dan Achoe dalam sebuah tragedi komedi ketika menyambut Hari Raya Aidil Fitri.

Pelakon: Mohd Idlan, Wan & Achoe dari Kumpulan Kechik, Yus Edoo Raja Lawak, Wan, Rosdy Hussin, Maidin, Zara Zya, Bujal


TU DIA KIAH NAK RAYA (Telefilem)
Sabtu, pukul 9.00 malam, 11 September 2010

Ramadhan menjelang, Kiah yang kini ketua kampung semakin ligat merebut peluang bulan mulia. Dari segi ekonomi, dia mahu memacu dan mempromosi lebih hebat kepenggunaan pekasam pada bulan puasa, walaupun mengikut kebiasaan pekasam tidak laku pada bulan puasa. Kiah juga mahu orang kampung mengusahakan kueh tradisional untuk dipasarkan. orang kampung bersetuju, semua tenaga dikerah ke arah itu.

Pelakon: Rozita Che Wan, Fasha Sandha, Azza Elite, Zain Saidin, Sabrina Ali, Zulkifli




lostinlove_2d-s.jpg
LOST IN LOVE
Rabu, pukul 2.00 petang, 15 September 2010

Tita (Pevita Eileen Pearce) kecewa kerana masih dilayan seperti anak kecil dan tidak dewasa. Tita merasa dikhianati kerana kekasihnya juga memandangnya sebegitu rupa. Tita yang merasa ragu terhadap cintanya akhirnya memutuskan hubungan dan hidup berdikari. Tita yang kecewa telah membuat keputusan untuk bercuti di Paris. Di Paris, Tita sesat di tengah-tengah kota yang juga telah membawa kepada penemuan Alex (Arifin Putra); seorang mahasiswa Thailand yang menuntut di sana. Di Kota Paris juga Alex telah membantu Tita untuk mengenali erti cinta yang sebenar.

Lakonan: Richard Kevin; Pevita Eileen Pearce; Arifin Putra




KAU TAK PERNAH JAUH (Telefilem)
Ahad, pukul 2.30 petang, 11 September 2010

Kau Tak Pernah Jauh memaparkan konflik identiti diri yang dialami oleh 2 beradik kembar seiras yang membawa kepada dua perpecahan dalam pegangan, cara hidup dan perspektif kehidupan. Fahaman agama dan pengaruh sekular yang diterjemah oleh watak Ikhwan dan Ehsan menonjolkan kronik dan pincangnya pegagangan agama dalam masyarakat setempat dan bagaimana sistem pendidikan yang sekular boleh membawa kemudaratan kepada diri, masyarakat dan agama. Juga diselitkan pengorbanan dan kecintaan keluarga, rakan dalam memberi dorongan terbaik kepada Ikhwan yang terdorong oleh nafsu sehingga sanggup menukar identiti menjadi abang kembarnya yang selalu dipandang baik oleh orang sekeliling; setelah kematian abang kembarnya dalam satu kemalangan tragik yang dimulakan oleh Ikhwan sendiri.

Pelakon: Fahrin Ahmad, Lutfia, Fauziah Nawi, Dato’ Rahim Razali



nak balik raya
NAK BALIK RAYA (Telefilem)
Khamis, pukul 10.00 malam, 9 September 2010

Hari raya hari mulia. Balik kampung sudah merupakan satu tradisi masyarakat Malaysia. Begitu juga dengan Burhanuddin. Burhanuddin benar-benar ingin balik ke kampung. Dah lama sangat rasanya dia memperhambakan diri di Kuala Lumpur. Kereta Proton Saga tahun 1992 telah diservis, beg pakaian semuanya sudah lengkap. Wang saku, duit nak bagi pada anak-anak buahnya, duit nak bagi dekat ayah dan mak dan paling penting hadiah istimewa untuk orang tersayang, iaitu Roziah sudah disediakan. Burhanuddin benar-benar dalam keadaan "tip-top" untuk balik kampung. Maka berlakulah adegan-adegan yang melucukan tatkala Burhanuddin mengharungi pelbagai dugaan untuk sampai ke kampungnya.

Pelakon: Johan Raja Lawak, Zizan Raja Lawak, Nadia Mustafar, Ozlynwaty, Ng Mah Cher, Yang Kassim, Gana Pragasam a/l Sebastian, Ucop Cecupak, Pak Lah Cecupak, Elly Suriati




abg kassim
AIDILFITRI ABANG KASSIM PON PON (Telefilem)
Jumaat, pukul 12.00 tengah hari, 10 September 2010

Mengisahkan seorang jejaka kampung iaitu Abang Kassim yang lurus bendul orangnya tetapi dia seorang yang baik hati dan rajin bekerja. Abang Kassim tinggal bersama Ibunya, Mak Uji dan dia telah kematian Ayah semenjak berumur 7 tahun. Ayahnya adalah seorang anggota tentera dan terkorban ketika bertugas bersama Pengaman PBB di Bosnia. Kerana itu Abang Kassim berperwatakan penuh disiplin seperti anggota tentera tetapi melucukan apabila sering keliling kampung bersama "Milah" dengan basikal tuanya.

Pelakon: Idlan Raja Lawak, Mila AF, Caca Raja Lawak




babak105.JPG
KAMPUNG PRIMA: BABAK 105 (Muzikal)
Sabtu, pukul 10.30 pagi, 11 September 2010

Mengisahkan kehidupan Kabu dan Kabi bersama keluarga Haji Kedek (singkatan dari perkataan Kedekut) di Kampung Prima. Haji Kedek mempunyai seorang isteri dan seorang anak perempuan bernama Fatimah. Fatimah memiliki rupa paras yang cantik dan menawan, namun matanya sedikit juling. Kabu dan Kabi meminati anak Haji Kedek tetapi sedar akan kekurangan diri. Mereka juga tidak tahu yang Fatimah sudah mempunyai tunang di Kuala Lumpur. Cerita ini bermula pada sehari sebelum hari raya sehingga ke pagi raya. Pelbagai perkara yang berlaku di antara Kabu dan Kabi dalam masa tersebut. Program ini adalah sebuah sitkom yang mengandungi unsur muzikal. Lagu-lagu yang terdapat di dalam ini telah diubah liriknya mengikut kesesuaian perjalanan jalan cerita dan skrip, dan ditambah elemen komedi.

Pelakon: Salleh Yaakob, Julia Ziegler, Johan Raja Lawak, Zizan Raja Lawak, Angah Raja Lawak, Nor Syuhaida, Corrinne Adrienne, Maslina Nasir, Taukeh Raja Lawak, Caca Raja Lawak, Alex Raja Lawak.



baju baru
BAJU BARU DI PAGI RAYA (Telefilem)
Sabtu, pukul 12.00 tengah hari, 11 September 2010

Drama ini mengisahkan seorang balu bernama Salmiah. Suaminya Osman meninggal dunia setahun yang lalu kerana kemalangan ketika pulang dari membeli baju raya untuk anak-anak mereka iaitu Zaki, Sara dan Nisa. Setelah kematian suaminya, Salmiah hidup dalam kepayahan.

Pelakon: Lisdawati, Fauzi Nawawi, Zulhuzaimi, Hanis Redzuan, Eryn Erynna




dodol
DODOL SI BUJANG SEPAH (Telefilem)
Ahad, pukul 12.00 tengah hari, 12 September 2010

Mengisahkan tiga jejaka kampung iaitu Ayup, Ludin dan Kenit yang tidak sehaluan cara hidupnya. Mereka ini pantang berjumpa dan jika terserempak di mana-mana akan ada sahaja masalah yang timbul walaupun sekadar hanya memakai selipar yang sama jenis dan warnanya. Mereka bertiga tinggal di sebuah kampung di gelar orang sebagai Kampung Kelabu Asap. Dan ketika ini Ibu keluarga angkat mereka telah meninggal dunia dan Ibu angkat mereka pula tiada saudara lain. Latar mereka sebagai anak yatim dan disangkakan telah yatim piatu mengkelam-kabutkan lagi keadaan.

Pelakon: Jep Sepah, Mamat Sepah, Shuib Sepah, Atie AF, Man Belon, Maimon Talib




SYURGA DI PAGI SYAWAL (Telefilem)
Isnin, pukul 12.00 tengah hari, 13 September 2010

Kisah ARIL, budak yang degil dan terlibat dengan kegiatan lumba motor dan mencuri di kampung itu. DATUK dan NENEKnya sering menjadi bahan dimarah oleh orang kampung dan bila mereka memarahi ARIL, ARIL pulak mengugut untuk meninggalkan mereka. Aril memasang impian untuk ke KL kerana benci hidup miskin. Di melarikan diri ke KL bersama rakannya dan mula menyedari erti kesusahan dan betapa dia bersyukur mempunyai keluarga. Akhirnya Aril pulang ke Kampung untuk menjaga Datuk dan Neneknya. Tiba-tiba muncul kes tuan tanah meminta tanah daripada datuknya. Datuknya berkata tanah tersebut telah dibayar kepada arwah bapa Ali tetapi tiada bukti. Apakah kesudahan kisah Aril sekeluarga?

Pelakon: Datin Mariani (Nenek), Abu Bakar Omar (Atuk), Shaheizy Sam (Aril), Vanida Imran (Rohayu), Kaza (Taha), Hafiz Anak Wayang (Apis), Hairi Anak wayang (Syam), Mak Nab (Mak Jah)



arca cinta
ARCA CINTA (Telefilem)
Khamis, pukul 12.00 tengah hari, 16 September 2010

Pada satu pagi sebelum bertolak ke sebuah majlis akad nikah, Nizam terkenang semula peristiwa sedih yang menimpa dirinya setahun yang lalu. Nizam dan Najwa telah berkahwin hampir sepuluh tahun tetapi telah mengenali satu sama lain hampir 30 tahun. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Emi. Doktor memberitahu Najwa yang barah darahnya telah kembali dan sudah sampai ke peringkat progresif. Doktor menasihatinya menjalani proses kemoterapi secepat mungkin. Najwa dan Nizam sukar untuk menerima hakikat ini kerana mereka sangka Najwa sudah sembuh dari penyakit barahnya beberapa tahun dahulu. Atas sokongan Nizam, Najwa mula menjalani rawatan kemo tersebut di hospital. Beberapa bulan berlalu tetapi tiada perubahan yang berlaku pada diri Najwa. Malah dia kelihatan lebih lemah dan lesu. Najwa telah pasrah dengan nasib yang menimpanya tetapi Nizam bertegas untuk meneruskan kemo di rumah. Najwa mula mengubah kelakuannya. Pada suatu malam, Nizam terkejut apabila melihat Najwa yang sedang sakit bersiap-siap untuk keluar rumah. Najwa mula bersikap dingin dan pentingkan diri dengan suaminya. Tidak lama kemudian, Najwa menghembuskan nafasnya yang terakhir sebelum sempat bertemu dengan Nizam. Nizam yang masih sugul terjumpa sepucuk surat di atas piano Najwa. Sari tolong membacakan surat itu kepadanya. Di dalam surat itu, Najwa memohon maaf kepada suaminya kerana terpaksa melukakan hatinya di akhir-akhir hayatnya. Dia berbuat demikian supaya Nizam membencinya dan dapat meneruskan hidupnya tanpanya. Nizam menangis mendengar luahan hati isterinya itu.

Pelakon: Zamarul Hisham (Nizam), Emelda (Najwa), Almy Nadia (Sari), Zach X-Factor (Fezrol), Nik Nur Amalin [9 tahun] (Emi)




paknil-s.jpg
PAK NIL...IBU KIRIM SALAM (Telefilem)
Jumaat, pukul 12.00 tengah hari, 17 September 2010

Ramlan seorang yang menghidap sindrom autism atau asperger. Berumur dalam lingkungan 20-an. Sikap jujur, lurus dan suka bercakap berterus terang menyebabkan dia tidak di senangi oleh pakciknya. Dia telah tinggal bersama pakciknya semenjak kematian ibunya setahun dulu . Setelah setahun cita-citanya ingin berjumpa artis kesayangannya di teruskan juga. Ramlan teringat kata-kata ibunya dahulu sampai salam ibu sekiranya dapat berjumpa dengan Aznil . Ramlan telah mengambil kata-kata ibunya itu sebagai satu amanat. Akhirnya Ramlan telah bertekad berbekalkan duit tabung, selepas solat subuh Ramlan telah keluar dari rumah pakciknya untuk pergi ke rumah Aznil beberapa hari lagi. Adakah Ramlan berjaya mencari Aznil di Ibu kota dan menyampaikan pesanan ibunya?

Pelakon: Along Cham, Didi Alias, Almy Nadia, Kaza, Hamid Gurkha, Yus Raja Lawak, Munir, Acong Sweetchild, Accapan, Linda Onn, Dollah Cantek



PONDOK PLASTIK TEPI KUBUR (Telefilem)
Sabtu, pukul 12.00 tengah hari, 18 September 2010

Seorang ibu yang terlalu mengharapkan kasih sayang daripada anaknya telah di salah sangka hingga si anak sanggup membuang ibunya atas hasutan isteri dan bertindak merantai ibunya sendiri yang di fitnah tidak siuman hinggalah si ibu pasrah dan berpondokkan sebuah 'rumah plastik' dan bermalam diperkuburan arwah suaminya. Namun setiap yang keruh pasti ada jernihnya untuk membawa si ibu kembali ke teratak asalnya dan hidup kembali seperti biasa….

Pelakon: Shahrul Nizam, Rafeena, Wan Maimunah




nyawaku
NYAWAKU DI TALI GANTUNG (Telefilem)
Ahad, pukul 12.00 tengah hari, 19 September 2010

Aman, 40 tahun, seorang suami yang bertanggungjawab, ayah yang penyabar dan anak yang baik terhadap kedua orang tuanya. Seorang lelaki yang sangat patuh kepada ajaran agama yang juga merupakan bilal di kampungnya. Kesempitan hidup membuatkan dia gigih bekerja dan mengambil upah apa sahaja pekerjaan demi menyara keluarganya. Setiap kali dia tabah mengharung dugaan, terdengar bisikan hati berbau syaitan untuk melakukan penipuan serta kejahatan bagi meraih keuntungan tetapi berkat iman yang mendalam terhadap pegangan agamanya, dia berjaya menangkis kesemua hasutan tersebut. Akhirnya, nasibnya bertambah malang apabila dia didapati menghidap barah hati, keyakinan untuk meninggalkan anak-anaknya kepada ratahan dunia telah menggugat keimanannya. Dia rebah dengan hasutan syaitan dan membiarkan anak-anaknya meminum air kegemaran mereka yang telah dicampur racun tikus. Aman kini seorang pembunuh!

Pelakon: Aman Graseka (Aman), Suriati Baharom (Wati), Meor Hashim Manaf (Pak Sahak), Pak Lah Cecupak (Pak Leman), Norlia Ghani (Mak Gayah), REM (Razak)




tetamu-s.jpg
TETAMU (Telefilem)
Ahad, pukul 9.00 malam, 19 September 2010

Zaid yang sudah duduk berasingan dengan isterinya Faten mengaturkan percutian dalam usaha menyelamatkan rumahtangganya. Mereka menginap disebuah rumah Banglo lama milik Fuad, rakan lama mereka. Apa yang diharapkan indah oleh Zaid tidak menjadi apabila dia sering mendapat gangguan hampir setiap malam manakala Faten pula merasa kedatangan mereka tidak disenangi penduduk tempatan. Ketika Zaid merasakan gangguan yang mereka alami kerana roh yang marah dengan Fuad, Fuad pula mendapat tahu yang Zaid sebenarnya selama ini berhalunasi. Sebenarnya Faten tidak wujud dan telah dibunuh oleh Zaid sebelum kedatangan mereka ke Banglo itu kerana cemburu dan Fuad sebenarnya tidak bersalah. Faten yang bersama dengan Zaid sepanjang di percutiannya sebenarnya adalah imaginasinya dan disebabkan itulah penduduk tempatan memandang pelik kelakuan Zaid yang bercakap seorang diri.

Pelakon: Zul Huzaimy, Hanez Suraya, Tony Eusoff, Mak Jah, Elly Sarimah