Program TV Hari Raya (TV3 dan TV9 )



TV3 - Sinari Lebaran : Keindahan dalam Kemeriahan
sumber: mforum.cari.com , TV9.com dan budiey.com


RANCANGAN MUZIKAL
  1. Sampaikan Raya 2010 [Menjelang Hari Raya - 9 Sept - 11.30 Malam]
  2. Stylistika Siti [Hari Raya Kedua - 5.00 Petang]
  3. Akustika 2010 [Hari Raya Pertama - 6.00 Petang]
  4. Fenomena .. Faizal Tahir
  5. Anuar Zain: Semua Untukmu
  6. Mentor 4 Raya
  7. Melodi Raya [Hari Raya Ketiga & Hari Raya Kesepuluh - 12.30tghari]
  8. Sebenarnya.. Black [Hari Raya Ketiga - 5.00 ptg]
  9. Jangan Tidur Lagi Raya [Hari Raya Keempat - 11.00 mlm]
FILEM
  1. Ayat-Ayat Cinta [04 September - 2.00 Petang]
  2. Jangan Pandang Belakang Congkak [Hari Raya Pertama - 9.00 Malam]
  3. Senario The Movie Eps 1 [Hari Raya Kedua - 9.00 Malam]
  4. Kecoh Betul [Hari Raya Ketiga - 9.00 Malam]
  5. Momok The Movie [Hari Raya Keempat - 9.00 Malam]
  6. Syurga Cinta [Hari Raya Kelima - 9.00 Malam]
  7. Susuk [Hari Raya Keenam - 9.00 Malam]
  8. Jin Notti [Hari Raya Kesepuluh - 10.00 Malam]
  9. Brainscan 21 [21 September - 10.00 Malam]
  10. Sifu & Tongga [Hari Raya Pertama - 2.00 ptg]
  11. Duyung [Hari Raya Kedua - 2.00 ptg]
  12. Evolusi KL Drift [Hari Raya Ketiga - 2.00 ptg]
  13. Jangan Tegur [Hari Raya Keempat - 2.00 ptg]
  14. Congkak [Hari Raya Kelima - 2.00 ptg]
  15. Tentang Bulan [Hari Raya Keenam - 2.00 ptg]
GAMESHOW / SITCOM
  1. Ewah-Ewah Raya [Hari Raya Kedua - 4.00 ptg]
  2. Fuhh.. Raya [Hari Raya Kedua - 11.00mlm]
  3. Saya terhebat [Hari Raya Pertama - 4.00 ptg]
  4. Senario 003 [Hari Raya Pertama - 11.00 mlm]
  5. Bang Bang Boom Raya - Hari Raya Kelima - 11.00 mlm]
DRAMA
  1. Madu Sorok [Menjelang 1 Syawal (9 Sept) - 9.00 Malam]
  2. Air Mata Nur Salina [Hari Raya Kesembilan - 10.00 Malam]
  3. Kemaafan Yang Tertangguh [25 September - 10.00 Malam]
  4. Manikam Kalbu
  5. Madrasah Di Pinggir Syurga
  6. Salam Mangkassara
  7. Cheritera

DOKUMENTARI / KEAGAMAAN
  1. Jejak Rasul Khas
  2. Al-Kuliyyah


Sampaikan Raya 2010 – Menjelang Raya, 9 September, 11.30malam
Program istimewa berbentuk hiburan berinteraktif menjelang Hari Raya ini memaparkan ucapan dan pesanan Hari Raya diselangi dengan persembahan nyanyian secara langsung dari artis tempatan. Penonton boleh mendedikasikan lagu-lagu raya kegemaran mereka dan ucapan raya menerusi kad raya, mesej pesanan ringkas (SMS), panggilan telefon ke studio kepada orang-orang tersayang menerusi program ini. Uniknya, tahun ini rancangan Sampaikan Raya akan bersiaran langsung di lokasi paling sibuk dan meriah dengan aktiviti-aktiviti membeli-belah di malam menjelang Syawal, Jalan Tunku Abdul Rahman dan sekitar Masjid India, Kuala Lumpur

Saya Terhebat – Raya Pertama, 10 September, 4.00 petang
Bergelak-ketawa bersama gandingan pengacara terhebat, Ally Iskandar dan Faizal FBI Ismail yang ditampilkan di dalam rancangan unik berkonsepkan ‘game show’ khas untuk tontonan Hari Raya. Di antara Ally dan Faizal, siapakah yang bakal muncul juara menewaskan lawannya di dalam aktiviti dan permainan menarik dan mencuit hati? Sama-sama kita saksikan!


Ewah-Ewah Raya – Raya Kedua, 11 September, 4.00 petang
Ewah Ewah Raya kembali… Lebih lucu, lebih sengit dan lebih keseronokan! Bersama hos, Raja Azura dan Nabil, Ewah Ewah Raya kali ini menampilkan artis-artis ternama seperti Fouziah Gous, Iqram Dinzly, Erry Putra, Erra Fazira, Fizo Omar dan Danny X-Factor di dalam program game show paling happening! Mereka akan bersaing di dalam tiga permainan iaitu ‘Bola Sumo’, ‘Titi Ketupat’ dan ‘Tiup Bola’…


Fuhhh Raya – Raya Kedua, 11 September, 11.00 malam
Jom ikuti persiapan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri artis-artis terkenal tanahari seperti Azwan Ali, Ezlynn, Shaheizy Sam dan ramai lagi di dalam ‘Fuhhh…!’ edisi Raya! Dihoskan oleh Awal Ashaari.

Melodi Raya – Raya Ketiga & Raya Kesepuluh, 12 & 19 September, 12.30 tengahari
Tidak pernah lekang daripada isu-isu hangat di persada seni, program hiburan paling sensasi MELODI meraikan Hari Raya Aidilfirti dengan dua episod khas dalam MELODI RAYA 2010. Tampil dengan kelainan pada tahun ini, Melodi Raya Episod 1 menyaksikan himpunan artis-artis popular dari era berbeza iaitu 60an, 70an, 80an dan kini di sesi rakaman yang berlangsung di Dewan Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra selaku penaja lokasi manakala episod kedua pula mengetengahkan konsep suasana rumah terbuka di kalangan artis. Dihoskan oleh Wahid dan Fara Fauzana yang semakin sinonim dengan Melodi, Melodi Raya Episod 1 juga dikendalikan oleh Didie Alias sebagai pengacara majlis. Rakaman tersebut menghimpunkan artis-artis popular seperti A. Rahman Hassan, Jeffry Din, Azizah Mohd, Latif Ibrahim, Hattan, Ramlah Ram, Zamani Slam, Dayang Nurfaizah, Raihan, Stacy, Azlan The Typewriter, Dato’ Siti Nurhaliza, Anuar Zain, Tomok, Mohd Mentor, Shila OIAM dan ramai lagi. Selain paparan visual yang menarik, artis-artis lama dan baru ini juga berpeluang berduet bersama di dalam persembahan nyanyian untuk memeriahkan Melodi Raya ini. Melodi Raya Episod 2 pula telah berkunjung ke beberapa rumah terbuka bersama Wahid, Fara Fauzana dan para wartawan Skuad Melodi yagn terdiri daripada Michelle Wee, Azmi Jamsari, Azwan Azmi, Nik Shafiq Hadhari dan Nurul Izza telah berkunjung ke lima lokasi iaitu rumah peminat setia Melodi, rumah terbuka artis-artis Metrowealth, rumah terbuka artis-artis Warner Music, dan rumah terbuka penerbit filem terkenal, Professor A. Razak Mohideen. Selain itu, Melodi Raya Episod 2 juga memaparkan suasana kemeriahan kumpulan Kotak dari Indonesia yang mengunjungi rumah terbuka kumpulan Sofaz


Sebenarnya…Black – Raya Ketiga, 12 September, 5.00 petang
Ikuti perjalanan kisah hidup bintang muda yang sedang meningkat naik di persada seni, Mohd Hanifah yang lebih mesra dikenali sebagai Black, berasal dari keluarga miskin tetapi bertuah kerana berbekalkan bakat yang ada, telah berjaya dinobatkan sebagai juara program realiti Mentor musim ke-3 tahun lalu (2009). Di bawah bimbingan sifunya, Mas Idayu, Black diberi peluang untuk mencuba nasib dan berkat atas usaha dan dedikasi yang dicurahkan, Black kini berada di kedudukan selesa berbanding dengan kehidupan yang dilalui bersama ahli keluarga sebelum bergelar anak seni. Daripada anak seorang penjual ikan, tinggal di flat kos rendah, semuanya berubah sekelip mata dengan rezeki yang mencurah selepas kejayaan Mentor.


Jangan Tidur Lagi Raya – Raya Keempat, 13 September, 11.00 malam
Jangan Tidur Lagi Special Raya kali ini berlainan dari sebelumnya di mana rakaman lokasi penggambarannya akan dilakukan di pusat membeli belah, One Utama Shopping Centre (New Wing) berkonsepkan rumah kampung di tengah sawah. Untuk episod kali ini masih mengekalkan Adlin Aman Ramli. Bagi artis jemputan pula 3 pasangan artis yang sudah berkahwin. Selain daripada ditemubual, artis-artis tersebut juga akan menyanyikan beberapa buah lagu raya bersama pasangan masing-masing. Artis jemputan adalah pasangan Ajai & Liza, Aziz M.Osman & Puteri Lily & Shahira & Ijoy dan dihoskan oleh Adlin Aman Ramli.


Bang Bang Boom Raya – Raya Kelima, 14 September, 11.00 malam
Walaupun di dalam mood Bang Bang Boom Raya namun mereka masih lagi meneruskan misi untuk mengenakan orang awam dan selebriti tanahair. Antara yang terkena di dalam BBB Raya adalah Faizal Ismail, Shamsul Ghau Ghau, Khir Rahman dan Hussein Ruffedge.




TV3: RAYA MOVIES

Sifu & Tongga – Raya Pertama, 10 September, 2.00 petang

Filem ini mengisahkan tentang dua wartawan, Tammy dan Azad mencari generasi Watson yang masih hidup di bumi. Azad kemudiannya berjaya menculik Mila dan membawanya pulang ke bandar. Ketua kumpulan Watson sangat kecewa dan marah dengan penculikan tersebut. Sifu dan teman baiknya, Tongga berjanji pada ketua tersebut untuk pergi menyelamatkan Mila dan membawanya kembali. Sifu yang mempunyai kebolehan luar biasa mampu berkomunikasi dengan dunia ghaib banyak memberi petunjuk kepada mereka untuk mencari jalan ke kota Kuala Lumpur.

Pelakon: Nabil, Saiful Apek, Fauziah Ghous, Erra Fazira


Jangan Pandang Belakang Congkak – Raya Pertama, 10 September, 9.00mlm

Di sebuah kampung tinggal seorang tua bernama Pak Sudir, seorang yang sangat kaya dan dikatakan memelihara saka. Di saat kematian Pak Sudir, pelbagai kejadian aneh telah berlaku menggemparkan penduduk kampung. Ramai yang mengatakan Pak Sudir telah lama meninggal dan yang terlantar sakit itu adalah sakanya. Seorang bomoh terkenal, Pak Mor dipanggil dan setelah berlaku pertarungan dahsyat, saka telah berjaya dikeluarkan dan Pak Sudir akhirnya meninggal dunia. Di Kuala Lumpur, 3 orang pemuda telah mendapat sepucuk surat daripada Pak Sudir menjemput mereka datang ke rumahnya. Punai, seorang penyeluk saku, Asmat bekerja di tempat letak kereta dan Johan pula seorang jurujual. Di sana barulah mereka tahu yang Pak Sudir adalah datuk mereka dan mereka bertiga adalah sepupu. Mustika, pembantu Pak Sudir memberitahu bahawa mereka bertiga bakal mewarisi harta pusaka peninggalan datuk mereka sekiranya berjaya mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan iaitu bermalam di rumah tersebut selama 3 malam berturut-turut dan tidak boleh menyentuh apa-apa barang di rumah tersebut terutamanya sebuah congkak usang. Oleh kerana syarat itu dianggap terlalu mudah dan ini adalah peluang untuk hidup senang, Punai, Asmat dan Johan pun bersetuju dengan syarat-syarat tersebut. Apa yang mereka tidak tahu adalah, sebenarnya mereka akan mewarisi ilmu saka Pak Sudir jika berjaya mengharungi tiga malam tersebut.

Pelakon: Mazlan Pet Pet, Cat Farish, Sam Shaheizy, Lisa Surihani, Azlee Jaafar, Piee


Senario The Movie Eps 1 - Raya Kedua, 11 September, 9.00 mlm

Filem ini mengisahkan pengembaraan 3 sahabat untuk mencapai cita-cita menjadi bintang. Mazlan, Azlee dan Wahid datang dari kampung dan negeri yang berbeza. Tujuan mereka hanya satu iaitu menghadiri uji bakat di Kuala Lumpur dan menjadi pelawak terkenal tanah air. Malangnya, pelbagai dugaan dan cabaran terpaksa mereka hadapi untuk mencapai impian tersebut. Paling mengharukan apabila tibanya mereka di Kuala Lumpur, mereka telah ditangkap pihak polis kerana wajah mereka saling tak tumpah dengan wajah kumpulan perompak bersiri yang menjadi buruan pihak polis. Mereka amat bimbang kerana uji bakat semakin hampir sedangkan mereka masih lagi di lokap. Persiapan persembahan masih lagi belum dilakukan. Apabila mereka dibebaskan, bermacam-macam lagi halangan menanti seperti tidak membenarkan mereka menghadiri uji bakat tersebut. Tetapi, berkat kesabaran dan ketabahan mereka mengejar cita-cita, mereka berjaya sampai ke tempat uji bakat.

Pelakon: Mazlan Pet Pet, Azlee Jaafar, Wahid, Fauziah Nawi, Piee, Zaibo, Osman Kering, Zul Huzaimi, Julia Hana, Zaidi Omar, Ropi Cecupak, Shamsul Ghau Ghau



Kecoh Betul – Raya Ketiga, 12 September, 9.00mlm

Filem arahan S. Baldev Singh ini mengisahkan tiga orang pemuda yang berkawan baik, Aiman, Belon dan Joe yang bekerja sebagai penghantar pesanan makanan di sebuah restoran makanan segera di ibu kota. Mereka berdepan dengan pelbagai cabaran hidup di kotaraya dan kehidupan mereka sentiasa dikelilingi dengan keseronokan. Tiga sahabat ini juga mempunyai minat yang sama dan sangat obses dengan motor. Tidak hairanlah jika mereka juga terlibat dengan aktiviti-aktiviti sosial kurang sihat seperti merempit. Namun, ketiga mereka sentiasa pokai dan sanggup melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir panjang sehinggakan terpedaya dengan iklan mendapat duit dengan cepat dalam perangkap Ah Long. Dalam pada itu, mereka juga menghadapi konflik dalam diri mereka sendiri. Aiman jatuh cinta dengan Dayana, gadis yang pernah ditolongnya akibat kes ragut dan pernah diperdaya oleh teman lelakinya sendiri yang merupakan seorang pengedar pil ectasy. Aiman bertekad untuk mengubah hidup Dayana manakala Belon yang berminat dengan wanita berusia pula terpikat dengan tuan rumah yang merupakan seorang ibu tunggal, Salmah. Joe pula berusaha untuk memikat anak gadis Salmah, Yati yang agak kasar perwatakannya. Kekecohan berlaku apabila mereka memerlukan wang untuk menyelesaikan hutang mereka dengan Ah Long dan keadaan menjadi bertambah rumit apabila Dayana diculik kerana ketiga-tiga mereka tidak berjaya melunaskan hutang dalam tempoh yang diberikan. Dapatkah mereka menyelamatkan Dayana?

Pelakon: Saiful Apek, Nabil, Diana Danielle, Yatt, Datuk Aziz Sattar, Nasrizal Ngasri, Fauziah Nawi



Momok The Movie – Raya Keempat, 13 September, 9.00mlm

Kisah bermula apabila Adlin pulang ke kampung. Dalam perjalanan pulang ke kampung, Adlin seperti biasa akan bertandang ke Warung Pak Ajis untuk menikmati Mee Calong dan omong kosong. Kepulangannya kali ini untuk bertemu emakya Mak Ton, adiknya Isham dan Esah. Pada sebelah malamnya setelah tiba dikampung, Adlin dan Kadir keluar ke warung Pak Ajis. Pelbagai insiden dan petanda yang seolah-olah menunjukkan sesuatu yang tidak baik akan berlaku. Setelah sampai di warung Pak Ajis yang terletak di tepi tebing sungai di hujung kampung, seperti biasa mereka mula bersembang sehinggalah kepada cerita mengenai kisah-kisah seram. Pak Ajis, Adlin dan Kadir juga mendapat teman bercerita, Noniswara, gadis India pekerja kilang yang di ganggu peristiwa seram menaiki bas tanpa pemandu ketika pulang dari kerja pada malam tersebut. Cerita kisah Pontianak, Pochong, Orang Bunian, Badi Mayat, Mayat Hidup Di Langkah Kucing Hitam dan Sampuk menjadi penglipurlara mereka berempat malam itu.

Pelakon: Faizal AF4, Dato’ Aziz Sattar, Nabil Raja Lawak 2, Dato’ Sarimah, Abon, Leez AF4, M. Jamil, Ruminah Sidek, Shazleen Shabi, Mior Ahmat Zaudi, Jamaluddin Kadir



Syurga Cinta - Raya Kelima, 14 September, 9.00mlm

Irham, berusia lewat 20-an anak kepada Tan Sri Zakaria dan Pn. Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia telah bersekolah dan berkerja di sana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya. Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat. Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh. Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini. Gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang Muslimah sejati. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal. Berjayakah Irham mencuri hati Syuhadah dan menangani perasaan kasih yang sudah mula timbul? Apa pula reaksi Syuhadah setelah mengetahui yang Irham hanya berpura-pura mencintainya?

Pelakon: Awal Ashaari, Heliza Helmi, Adik Hadziq



Susuk – Raya Keenam, 15 September, 9.00mlm

Susuk mengisahkan Soraya, seorang pelatih jururawat mendambakan kehidupan lebih dari ala kadar. Semua mimipi yang diidam kini menjadi kenyataan apabila dia menerima tawaran menjadi seorang pelakon. Malangnya, bukan mudah untuk mencapai langit dan mencipta nama di persada seni yang penuh dengan cabaran dan saingan daripada bakat-bakat yang muda dan cantik. Akhirnya, Soraya mengalah setelah dipujuk untuk mencuba amalan susuk bagi mengekalkan kecantikan dan popularitinya. Sebelum jauh terjebak dan sebelum susuk sendiri memakan tuannya, kini dia mesti memilih samada untuk terus di laluan yang benar atau mengharungi jalan hitam yang menagih pengorbanan yang besar. Sementara itu, Suzana pula seorang diva terkenal yang sedang mendaki puncak populariti teratas. Namun terselindung di sebalik nama dan status bintang, Suzana adalah pengamal ilmu hitam tegar kerana dia pewaris susuk keramat. Namun setiap amalan jahat dan perkara terlarang yang dituriti pasti ada musibahnya, setiap kali dia melanggar pantang larang susuk, Suzana perlukan korban nyawa manusia. Apakah sebenarnya pertalian Soraya dan Suzana di dalam kemelut misteri ini?

Pelakon: Diana Rafar, Ida Nerina, Adlin Aman Ramli, Sofea Jane, Aleeza Kassim



Jin Notti – Raya Kesepuluh, 19 September, 10.00mlm

Notti merupakan seorang gadis jin berusia 17 tahun yang sangat baik, lembut dan jujur. Dikenakan hukuman yang sangat berat dan dikurung dalam penjara selama beratus tahun, Notti kemudiannya dihantar turun ke dunia oleh Majlis Penghakiman Jin. Di dunia, Notti dikehendaki melakukan kejahatan dan harus melepasi skala kejahatan bagi membolehkannya bebas daripada hukuman. Sepanjang berada di dunia, Notti telah memasuki tiga tubuh manusia iaitu Ruby (gadis punk), Y’vonne (Perempuan berbangsa Cina) dan Sharifah (peguam). Bagaimanapun, ketika menjalani hukuman, Notti mula jatuh cinta pada seorang lelaki bernama Aziz. Untuk mengetahui kisah selanjutnya, tontoni Jin Notti yang bakal ditayangkan 19 September ini sempena sambutan Aidilfitri.

Pelakon: Mawi, Fara Fauzana, Cat Farish, Corie, Bob Lokman, Adibah Noor, Acappan, Hafidzuddin Fazli, Sazzy Falak, Sheila Mambo, Betty Banafe



Brainscan 21 – 21 September, 10.00mlm

Kisah bermula apabila Dr.Suzana di bawah seliaan Prof. Dr. Taib Siron berjaya mencipta sebuah mesin BS21 yang boleh membaca fikiran manusia. Walaupun BS21 amat penting dalam bidang perisikian ketenteraan namun, ia amat berbahaya jika terjatuh ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab. Hal itu benar-benar terjadi apabila Cat dan orang kanannya Kupan telah mencuri BS21 dari makmal Dr. Suzana. Satu-satunya saksi yang melihat kejadian tersebut adalah Hashim, pengawal keselamatan makmal tersebut. Bermulalah pelbagai aksi dan perkara melucukan kerana BS21 sebenarnya boleh merealisasikan apa yang dihajati. Semasa dalam usaha melarikan diri, Cat dan Kupan bertembung dengan sekatan jalanraya oleh pihak polis. Kupan yang bersifat ‘bodoh-bodoh alang’ telah mencampakkan BS21 ke dalam semak apabila dimarahi Cat. Semasa Adruce, anak kepada Hashim dalam perjalanan balik dari sekolah, dia telah menemuinya dan membawa pulang BS21.


Pelakon: Nik Adruce, Erin Malik, Eric Fuzi, Faten, Sharifah Shahirah, M.Rajoli, Zul Yahya



TV3: TELEMOVIE RAYA


Madu Sorok - Menjelang Raya: September 9, 9.00malam

Drama ini mengisahkan tentang Arun yang mempunyai dua orang isteri iaitu Aida dan Maisara. Hasil perkahwinan dengan mereka, dia memperolehi sepasang cahaya mata dari kedua-dua isterinya yang kini sudahpun menginjak remaja. Aida selaku isteri yang tua tidak mengetahui bahawa dia dimadukan. Manakala Maisara tahu statusnya sebagai isteri kedua namun tidak pernah mengetahui siapakah madunya. Arun menyimpan rahsia ini selama 18 tahun dan bijak membahagikan masa antara Aida dan Maisara. Siang selepas waktu pejabat dia pergi ke rumah Maisara dan malam barulah dia pulang ke rumah Aida. Namun pada suatu hari, anak sulung Arun, Johan ternampak bapanya bersama Maisara di klinik. Setelah mengekori mereka, barulah Johan mengetahui bahawa bapanya telah berkahwin dua. Johan memberitahu Aida dan setelah bersemuka dengan Maisara barulah Aida menyedari hakikat sebenar malah amat terkejut apabila mendapati anak-anak Maisara sudahpun besar remaja. Aida merasa tertipu dan kecewa dengan kenyataan tersebut. Setelah meminta penjelasan dari suaminya, Arun mengaku bahawa dia memang mempunyai keluarga yang lain. Maisara dan Aida tidak mahu bertegur sapa begitu juga dengan anak-anak mereka. Suatu hari di penghujung Ramadan, Arun diserang sesak nafas dan dimasukkan ke dalam hospital. Maisara dan Aida tidak tahu bahawa suami mereka dimasukkan ke hospital. Walaupun hairan kerana Arun tidak pulang ke rumah, kedua-dua mereka ego dan tidak mahu mencari kerana menyangkakan suaminya berada di rumah isteri yang lain. Arun mula merasa sedih apabila tidak diendahkan oleh isteri-isteri dan anak-anaknya. Malah apabila Arun memberitahu mereka bahawa dia sakit dan dimasukkan ke hospital, Aida dan Maisara tidak mahu mempercayainya malah mula menyangka bahawa kemungkinan Arun pergi ke rumah isteri ketiga. Apakah yang akan berlaku seterusnya?

Pelakon : Jalil Hamid, Aida Khaleda, Rozita Che Wan, Kamal Adli, Raja Farah, Intan Ladyana

Pengarah: Rashid Sibir




Air Mata Nur Salina - Raya Kesembilan, 19 September, 10.00malam

Salina merupakan penyanyi kugiran di rumah-rumah orang kahwin di kampungnya. Kecantikan Salina sering menjadi bualan anak-anak muda disitu namun hatinya Salina terpaut kepada Fakar, seorang kerani biasa sehingga sanggup meninggalkan keluarganya dan berkahwin lari bersama Fakar di Thailand. Selepas berkahwin, mereka berhijrah tinggal di Kuala Lumpur supaya Fakar dapat membuka perniagaan sendiri bermodalkan kesemua wang simpanan yang ada. Fakar mula lupa diri apabila perniagaannya meningkat maju. Kawan-kawan yang mendampinginya mula mempengaruhinya bermain judi. Setiap hari mereka berjudi tanpa mengira waktu berkerja hingga akhirnya perusahaan Fakar terpaksa ditutup gara-gara banyak hutang. Akhirnya, Salina terpaksa berpindah semula ke rumah setinggan dan berkerja mencuci pejabat manakala Fakar masih menganggur dan terus mengamalkan tabiat buruknya. Tabiat judi yang sukar dikikis memakan diri sendiri apabila Fakar tidak dapat melangsaikan hutangnya dengan Leman sehingga isteri sendiri menjadi taruhan. Salina bertukar kerja dan kembali menjadi penyanyi di kelab dangdut sementara Fakar diupah oleh Shamsul untuk menjalankan tugas-tugas rumit. Keadaan menjadi lebih perit buat Salina dan anaknya apabila mengetahui yang Fakar sebenarnya terbabit di dalam kegiatan menyeludup dadah dan kini mendesak Salina pula untuk membantu menyelesaikan tugasnya kerana takut diburu polis. Kecewa dan marah dengan sikap Fakar, Salina hilang pertimbangan dan berlakulah pertengkaran dan pergelutan sehingga menyebabkan salah seorang daripada mereka kehilangan nyawa. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Adakah nasib Salina akan kembali berubah?

Pelakon: Umie Aida, Remy Ishak, Adi Putra, Rosnah Johari, Anne Abdullah

Pengarah: Erma Fatima



Kemaafan Yang Tertangguh – 25 September, 10.00malam

Selama hampir 10 tahun Hartina menjadi menantu Kasmah namun tidak pernah sekalipun dia mendapat kasih sayang sebagai menantu dalam erti kata sebenarnya. Ibu Hartina, Khadijah tidak berpuas hati dengan sikap besannya yang mengongkong kehidupan anaknya. Selepas 10 tahun tidak dapat berhari raya dengan Hartina, Khadijah datang merayu ke rumah Kasmah meminta agar Hartina dibenarkan pulang ke rumahnya berhari raya. Khadijah ingin berkongsi kesibukan Hari Raya dengan anak perempuan bongsu kesayangannya itu. Namun Kasmah tetap berpegang dengan prinsipnya dan peraturan yang sekian lama dibuatnya. Hartina merupakan satu-satunya menantu perempuan dalam keluarga, oleh itu dia harus patuh dengan kehendak mertua. Kasmah juga menetapkan peraturan yang sama kepada anak-anaknya, Jasmin dan Zaila. Sistem bergilir raya tidak ada dalam kamus hidup Kasmah. Suami Hartina, Ilham juga tidak berani untuk melawan ibunya. Kehidupan mereka adik-beradik sentiasa diawasi Kasmah. Apabila kehendak Kasmah tidak dituruti dan kemarahannya memuncak, pasti dia diserang sesak nafas dan pengsan. Jasmin dan Zaila cuba memujuk Kasmah supaya memberi keizinan kepada Hartina namun Kasmah tetap tidak berganjak dari pendiriannya. Namun sikap garang dan suka mengongkongnya menjadi perbualan jiran sekampung. Untuk menangkis serangan jiran-jirannya, buat pertama kalinya Kasmah membenarkan Hartina pulang ke rumah Khadijah. Namun dia meletakkan syarat. Hartina harus menyediakan 20 jenis kuih raya dan menyediakan semua hidangan sebelum pulang ke rumah ibunya. Malah rumah juga harus dibersihkan dan dihiaskan secantiknya. Mampukah Hartina menyempurnakan semua tugasan yang diberikan oleh mertuanya dan adakah dia berpeluang untuk pulang beraya dengan ibu tersayang setelah sekian lama terpisah?






TV9 : DAM.. DAM.. DUM.. RAYA


RANCANGAN MUZIKAL
  1. Konsert Dihati Siti Nurhaliza
  2. Idola Kecil Idola Besar

FILEM
  1. Im Not Single
  2. Saus Kacang

SITCOM / KARTUN
  1. Perang Lawak
  2. Upin & Ipin Aidilfirti