Saving Milly (8TV)


Sinopsis Saving Milly (Budiey.com)
Tarikh siaran: 8 September 2010
Masa: 10.00 pm
Pelakon: Bruce Greenwood, Madeleine Stowe

Diadaptasikan daripada novel terlaris mengenai perjalanan hidup sebenar seorang wartawan politik, Mort Kondracke dan isterinya, Milly Martinez, yang dikatakan memiliki segalanya yang diidamkan wanita. Kehidupan yang sempurna, berjaya dalam karier, suami penyayang, dua anak yang hebat dan rumah yang cantik!

Namun segalanya berubah dengan drastik apabila Milly merasai perubahan di dalam tulisannya dan jari jemarinya yang terasa kebas. Selepas beberapa siri ujian yang dilakukan, akhirnya dia disahkan menghidap penyakit Parkinson. Berpegangkan kepada janji ‘akan tetap bersama dalam suka dan duka’, Mort bertukar haluan dari menjadi seorang yang berkarier, kepada penjaga yang setia.


Apabila penyakit Milly semakin teruk, hidupnya kini komited untuk menyelamatkan nyawa isterinya. Pelakon Michael J. Fox yang merupakan pesakit Parkinson turut membuat penampilan khas dalam filem ini. Sebuah kisah percintaan yang bakal merungkai makna sebenar cinta sejati.