Syawal Pertama (TV3)

Syawal Pertama (TV3)
Tarikh Tayangan : 13 September 2010,
Hari Tayangan : Isnin,
Masa Tayangan : 11.00 malam
Pelakon: Hairi Othman, Jalil Hamid, Aznah Hamid, Bell Ngasri, Intan Ladyana
Sumber : budiey.com



Sinopsis Syawal Pertama (TV3)


Mengisahkan seorang pemuda kampung bernama Syawal yang tinggal bersama ibu bapanya, Pak Hassan dan Kak Tipah. Satu-satunya anak mereka, Syawal mengalami kemalangan sewaktu berusia 8 tahun dan doktor meberitahu bahawa otaknya tidak boleh berkembang.

Sejak itu dia hanya berkawan dengan budak berusia 8 tahun dan berperangai seperti budak budak walaupun ia sebenarnya sudah menginjak dewasa. Oleh kerana pemikiran Syawal yang seperti budak-budak dia seringkali dipergunakan oleh orang kampung. Pada petang sebelum hari raya, Syawal memberi tahu ibu bapanya dia hendak pergi memancing. Tiba-tiba Syawal terjatuh ke dalam sungai dan tidak sedarkan diri.



Di rumah Pak Hasan dan Kak Tipah mereka mula risau kerana Syawal tidak pulang ke rumah. Mereka bersama orang kampung mula mencari dan beranggapan Syawal telah mati lemas. Pada pagi raya, Pak Hassan dan Mak Tipah masih bersedih dan di tepi sungai, Syawal sedar dari pengsan. Satu kejadian aneh berlaku pada Syawal di mana dia kembali normal.