Telemovie Azan (RTM1)


Sinopsis Telemovie Azan (Budiey.com)

Hari Jumaat begitu dimuliakan dalam Islam apatahlagi ianya penghulu segala hari. Malah hari Jumaat juga dianggap hari dimana berubahnya keburukan kepada kebaikan. Begitu pun tidak semua orang bertuah merasai kemanisan dan keberkatan hari Jumaat dalam kehidupan seharian mereka.

Namun Rosa adalah gadis bertuah terpilih untuk dibukakan hatinya kembali ke jalan yang benar. Meskipun kehidupan sehariannya bergelumang dengan dosa apatahlagi membesar dalam sebuah keluarga yang hanya mementingkan soal dunia, hatinya terbuka untuk mencari keredhaan Allah setelah terlibat dengan beberapa kejadian penuh tragis yang menginsafkan.

Dibintangi pelakon handalan seperti Lisa Surihani, Mahmud Ali Basha, Aida Aris, Zulkifli Zain, Razali Hussin, Fiza Elite dan Normala Omar, kisahnya bermula dengan kemalangan jalan raya setelah pasangan itu keluar berhibur dan mabuk-mabuk yang telah meragut nyawa Airil, teman lelakinya, kupasan hidup Rosa yang telah lalu terpampang satu persatu ketika dirinya berada dalam keadaan koma. Ketika itu Rosa dapat melihat sendiri kejelikan dirinya apabila sanggup merampas suami orang lain hingga sanggup membiarkan Mariam, isteri Airil dan anak-anaknya yang masih kecil hidup merana.

Ketika itu Rosa juga dapat melihat dirinya dalam pelbagai situasi. Dari sudut kebaikan Rosa begitu gembira melihat masa lampaunya dimana Rosa pernah menghulurkan sedekah kepada pengemis di jalanan. Begitu juga dia mengaji Al-Quran sewaktu kecil namun yang memeranjatkannya apabila dia sedang mengaji atas bimbingan Pak Long Zaha, ayahnya muncul lalu memarahinya kerana menganggap ibadah yang dilakukan tidak mendatangkan faedah.

Ayah Rosa, Munir Ali adalah seorang ikon kerana dia adalah seorang arkitek sementara ibu Rosa, Kathy, adalah seorang pereka hiasan dalaman yang terkenal di kalangan golongan VIP. Kakak dan abang Rosa bekerja bersama ayah mereka. Hubungan yang kurang rapat kerana masing-masing telah berasingan semenjak kecil lagi menjadi penyebab Rosa memilih jalan hidupnya untuk tinggal berasingan daripada keluarga semenjak pulang ke tanah air.

Sepanjang koma, Rosa mendapat rawatan rapi daripada Doktor Irfan, saudara baru memeluk Islam. Tiba-tiba ketika jelas kedengaran uara azan subuh dari sebuah surau berhampiran, Rosa membuka matanya. Dia terpana dengan keperibadian Doktor Irfan yang begitu menyanjungi dan mengenali Islam lebih daripada dirinya yang beragama Islam sejak dilahirkan. Apatahlagi setelah doktor muda itu memberitahu Rosa bertuah kerana sedar daripada koma pada hari Jumaat yang begitu dimuliakan dalam Islam.

Doktor Irfan juga sempat menasihatkan Rosa agar berhenti mengambil arak dan juga seks rambang kerana laporan ujian darah menunjukkan kewujudan virus HPV (Human Papillomavirus). Rosa tersentak dan mengatakan bahawa dia baru sahaja menjalani pemeriksaan kesihatan dan dia disahkan sihat. Doktor Irfan memberitahu bahawa mereka menjalankan ujian sebanyak 2 kali untuk mengesahkan dan kedua-duanya positif. Doktor Irfan juga dengan tenang memberitahu bahawa setakat ini belum ada ubat lagi yang boleh merawat penyakit ini dan ibu bapa Rosa sudah dimaklumkan.

Layanan ibu bapa terhadapnya tidak berubah dan selepas beberapa minggu Rosa dibenarkan pulang ke rumah. Tetapi semasa berada di dalam kereta, Rosa mengejutkan ibu dan bapanya dengan meminta agar dia dihantar terus ke rumah Pak Long Zaha. Munir membantah kerana terlalu terkejut tetapi Rosa berkeras dan Munir mengalah.

tiba di kampung, Rosa menceritakan kemalangan yang berlaku pada dirinya dan tujuan sebenar dia bertemu Pak Long. Pak Long Zaha dan Mak Long gembira kerana Allah akhirnya memberi hidayah kepada salah seorang anak Munir dan dia berjanji akan membantu Rosa mencapai matlamatnya untuk menjadi seorang muslimat sejati.

Beberapa minggu yang berikutnya, Rosa hanya menghubungi ibu dan bapanya melalui telefon bimbit namun hampa kerana semua ahli keluarga memulaunya. Ketika itu Rosa mula memakai tudung, belajar mengaji muqadam dan belajar bersolat dengan Pak Long dan Mak Long. Hidupnya lebih tenang walaupun tiada kemewahan.

Selepas hampir 4 bulan tidak bertemu dengan keluarga, Pak Long menasihati agar Rosa kembali ke rumah dan berbaik semula dengan ahli keluarganya. Kepulangan Rosa diterima dengan dingin dan ternyata keluarganya tidak suka dengan perubahan Rosa. Satu pagi, menjelang waktu sarapan, kedengaran jeritan kuat dari bilik ayah. Rupanya ibunya mati di dalam tidur.

Sewaktu ayah, abang dan kakaknya meratapi kematian ibu, Tidak ramai saudara mara dan rakan yang datang. Mungkin ayah malu kerana keadaan mayat ibu yang hitam legam. Hanya Pak Long, Mak Long dan Rosa sahaja yang membaca yasin dan berusaha menguruskan jenazah. Ayah masih tidak bertegur sapa dengan Pak Long tetapi Pak Long terus sahaja menjalankan tanggungjawabnya.

Lalu apakah yang terjadi seterusnya? Masih adakah ruang di hati Munir untuk bertaubat menuruti jejak anak gadisnya itu? Pastikan anda meluangkan masa menyaksikan telemovie Azan pada 28 Ogos 2010 (Sabtu), jam 9.00 malam di TV1.


Download Telemovie Azan (Jiwang.tv)

Megaupload
http://www.megaupload.com/?d=0KTKPWPB
http://www.megaupload.com/?d=6CMM1CV7
http://www.megaupload.com/?d=EUMQCYUY

Hotfile
http://hotfile.com/dl/65606690/917a618/Azan.2010.SDTV.DiMENSi.part1.rar.html
http://hotfile.com/dl/65607172/e40fb47/Azan.2010.SDTV.DiMENSi.part2.rar.html
http://hotfile.com/dl/65607251/a6b2dab/Azan.2010.SDTV.DiMENSi.part3.rar.html

Mediafire
http://www.mediafire.com/?9401v0r1a7pje3y
http://www.mediafire.com/?621wh272euqsalj
http://www.mediafire.com/?s57ycfbcfv1y8ka

FileServe
http://www.fileserve.com/file/xBav5gv
http://www.fileserve.com/file/FdKuzXu
http://www.fileserve.com/file/Vnta7dT