Tika Cinta Berbisik (TV1)

Tika Cinta Berbisik (TV1)
Tarikh Tayangan : 10 September 2010,
Hari Tayangan : jumaat,
Masa Tayangan : 2.05 petang
Pelakon: Gambit, Tania Hudson, Arman Graseka, Liza Abdullah dan Shah Jazs
Sumber : budiey.com

Sinopsis Tika Cinta Berbisik (TV1)

Perkahwinan bukan atas dasar cinta yang diaturkan oleh keluarga sememangnya menyakitkan. Namun atas dasar menghormati keluarga, Diahana dan Emir memaksa diri mereka untuk akur pada perkahwinan. Pun begitu, mereka akur dengan bersyarat, perkahwinan hanyalah satu lakonan. Tinggal sebumbung namun tidak tidur sekatil. Mereka juga bebas untuk menjalinkan hubungan dengan sesiapa saja dan meneruskan hidup sebagai suami isteri yang bersahabat.

Babak-babak menarik telemovie ini diteruskan dengan adegan membabitkan hubungan keduanya yang hari berganti tahun, persahabatan suami isteri mereka akhirnya menyemai bibit cinta dalam hati Emir dan Diahana. Namun keegoan membuatkan mereka cuba menafikan rasa cinta yang terbit dalam hati mereka.

Masing masing malu untuk meluahkan perasaan, sebaliknya berlumba lumba menceritakan kisah kekasih hati mereka demi untuk menutup rasa cinta yang bersemi dalam hati masing masing.

Kematian ibu Diahana membuatkan Diahana tidak lagi merasa terikat pada perkahwinan, lantas mula menjalinkan hubungan dengan Shimi. Hubungan mereka mula dicemburui oleh Emir, pun begitu dia masih tidak mahu berterus terang akan perasaan sebenarnya terhadap Diahana sehinggalah Diahana memohon untuk membuburkan perkahwinan mereka.

Emir terpaksa bersetuju namun menuntut Diahana memberikan masa seminggu untuknya menjadi suami dalam erti kata yang sebenar. Emir membawa Diahana bercuti kesebuah pulau dan di situ dia melayani Diahan persis puteri. Dia mahu Diahana mengerti perasaan dia selama ini.

Namun panggilan memberitahu Shimi kemalangan telah memmbantutkan usaha Emir. Diahana bergegas pulang dan meninggalkan Emir sendirian, Emir akur yang dia tiada tempat dihati Diahana.
Namun bila disamping Shimi, Diahana mula merasa kehilangan dan terus mengingati saat manis bersama Emir di pulau. Diahana akur bahawa dia juga sudah mula mencintai Emir. Dia cuba mencari Emir yang sudah menghilangkan diri kerana dia mahu mencurahkan perasan cintanya pada Emir.

Gagal menjejaki Emir, Diahana membawa dirinya ke pulau yang pernah merakamkan detik manis dia dan Emir. Di situ, dia terkejut apabila melihat Emir turut berada di situ. Pulau itu sekali lagi merakamkan detik cinta mereka.

Namun bagaimanakah kesudahan drama penuh babak-babak percintaan ini? Selain Tania dan Gambit, drama ini turut diajayakan wataknya oleh Arman Graseka, Liza Abdullah dan Shah Jazs.