Waris Jari Hantu (TV2)



Waris Jari Hantu (TV2)
Tarikh Tayangan : 14 September 2010,
Hari Tayangan : Selasa,
Masa Tayangan : 11.00 malam
Pelakon: Maya Karin, Rusdi Ramli, Azean Irdawaty dan Nanu Baharuddin
Sumber : sinemamalaysia



Sinopsis Waris Jari Hantu (TV2)

Tina dan Ari berkawan baik, dan bersaudara dengan Tok Wan Rimau, penjaga harimau saka keluarga Tina, yang sedang mencari waris perempuan untuk menurunkan ilmu sakanya. Tok Wan dan harimau saka melindungi keluarganya dan Pekan Mendekar dari bahaya.

Ari sering diejek oleh penduduk kampung dengan gelaran “Mat Kepit” atau “Mat Patah”. Walaupun begitu, Tina setia berada di sisi Ari, malah menyimpan perasaan cinta yang mendalam terhadap Ari, dan berharap akan berkahwin dengannya satu hari nanti.

Ari memendam rasa luka yang mendalam disebabkan ejekan-ejekan itu, lantas menyembunyikan dirinya untuk melupakan realiti yang pahit melalui persahabatannya dengan Tina.

Walaupun dihalang keras oleh keluarga, ternyata Tina pilih Tok Wan untuk menjadi pewaris saka. Sehinggalah Ari yang sayangkan Tina menawarkan dirinya menjadi pengganti.