Wheat



FILEM: Wheat
ARAHAN: Ping He
PELAKON: Fan Bing Bing, Huang Jeu, Du Jiayi, Xueqi Wang, Zhiwen Wang dan Ji Wang
GENRE: Epik Drama
TAYANGAN: 9 September 2010
SUMBER : harian metro


Sinopsis Wheat (2010)

DIPETIK dari sebuah buku sejarah lama, kisah perang yang berlaku pada tahun 292 Selepas Masihi (SM) di China diterjemahkan kembali dalam bentuk visual secara klasik dengan sentuhan sinematografi yang indah.


Tajuk filem ini begitu ringkas yang pada masa sama turut menggambarkan plot cerita yang mudah difahami tanpa perlu berfikir panjang untuk menyelami setiap maksud yang cuba diterjemah.

Mengimbau kembali kisah zaman itu, kerajaan Zhao kalah dalam pertempuran dengan kerajaan Qin. Seramai 450,000 askar Zhao terpaksa menyerah diri dan hanya 240 askar muda berusia bawah 15 tahun dibebaskan manakala baki dibunuh tanpa belas.


Sebahagian kecil daripada askar Zhao berasal dari Luyi, sebuah bandar kecil yang menjalankan kegiatan menanam gandum sebagai sumber makanan utama mereka.

Oleh kerana semua lelaki di Luyi terpaksa berperang termasuk ketua bandar, Chung, golongan wanita dan anak kecil mereka terpaksa membanting tulang mengerjakan tanaman dan hidup dalam serba kekurangan.

Tahun demi tahun mereka berharap golongan lelaki pulang ke pangkuan keluarga masing-masing tanpa mengetahui sebenarnya semua suami dan anak lelaki mereka dibunuh oleh tentera Qin di daerah Changping.

Dalam harapan menggunung, mereka didatangi dua askar Qin yang lari daripada pertempuran untuk pulang ke kampung halaman mereka bagi menuai gandum.

Terperangkap dalam bandar milik Zhao, kedua-dua askar itu terpaksa menyamar sebagai askar Zhao yang membawa khabar berita bahawa tentera Zhao berjaya dalam peperangan.

Menonton plot demi plot, penonton pasti terusik dengan kehidupan masyarakat itu yang terpaksa hidup tanpa lelaki di sisi. Malangnya penipuan dilakukan dua askar itu akhirnya memakan diri dan sebagai penonton, linangan air mata dan sebak di dada pasti menghambat jiwa tatkala melihat babak di mana golongan wanita dan anak mereka akhirnya membunuh diri setelah sedar golongan lelaki sudah tiada di alam fana.

Mungkin benar apa dikata orang, pembohongan lebih mudah dipercayai berbanding kebenaran, dan filem ini menyorot pedoman itu dengan sangat mendalam sehingga kita akan tersentak tatkala akhir plot.

Daripada segi teknikal, tidak ada yang boleh dipertikaikan melainkan beberapa babak yang mungkin tidak sesuai ditonton masyarakat tempatan yang mempunyai nilai sopan yang tinggi, namun bila diingatkan kembali latar belakang kisah ini, setiap babak itu boleh dimaafkan berikutan ia masih berlapik dan diceritakan dengan penuh simbolik.

Nilai seni filem ini bukan saja pada kisah yang divisualkan, malah perincian kostum diberi penekanan teliti sehingga kita akan turut merasai berada di zaman itu.


Synopsis Film Wheat (2010)

In the Kingdom of Zhao, all the men have left for war and Lady Li (Fan Bingbing), wife of the absent lord, says victory will soon bring their men back home. When two enemy deserters invade the kingdom, they pretend to be Zhao soldiers and improvise a tale for Lady Li describing Zhao’s victory. Word of the supposed victory spreads rapidly throughout the town, causing misplaced optimism among the women until the truth is revealed and despair and horror emerge. Set during the Warring States period, the film is divided into five sections, which corresponds to the Chinese system of elements: metal (aka gold), wood, water, fire and earth.



Download Wheat 2010

PW: malamute

Code
http://rapidshare.com/files/297882072/wheat.part6.rar.html
http://rapidshare.com/files/297881769/wheat.part5.rar.html
http://rapidshare.com/files/297880489/wheat.part4.rar.html
http://rapidshare.com/files/297880490/wheat.part3.rar.html
http://rapidshare.com/files/297877660/wheat.part2.rar.html
http://rapidshare.com/files/297840384/wheat.part1.rar.html
http://rapidshare.com/files/297839751/wheat.part9.rar.html
http://rapidshare.com/files/298034313/wheat.part8.rar.html
http://rapidshare.com/files/298032535/wheat.part7.rar.html