Buried

FILEM: Buried
ARAHAN: Rodrigo Cortes
PELAKON: Ryan Reynolds
GENRE: Triller
TAYANGAN: 14 Oktober 2010
ULASAN: Amirul Haswendy Ashari (mymetro)

Buried

Sinopsis Buried

FILEM - Bernafas dalam keranda. TIADA kata yang dapat dirungkaikan tatkala menonton sisi serius Ryan Reynolds yang sebelum ini sinonim dengan watak komedi (The Proposal, Adventureland atau Just Friends).

Hampir 10 minit pada awal plot, penonton disajikan dengan suasana gelap dan bunyi nafas merengus kencang sehingga hampir mengundang kebosanan. Penulis sendiri pada mulanya agak skeptikal dengan babak seterusnya tetapi apabila masa semakin kencang berlalu, setiap babak yang digarap makin mendebarkan.

Suasana suram yang wujud dengan hanya berbekalkan lampu picit yang rosak dan cahaya daripada pemetik api menjadi pelengkap kisah lelaki yang diculik lalu disumbat ke dalam keranda dan ditanam di padang pasir di lokasi yang tidak diketahui.

Buried
Begitulah betapa bijaknya pengarah kelahiran Sepanyol, Rodrigo Cortes, bermain dengan debaran dan jiwa kecamuk seorang lelaki bernama Paul Conroy tanpa perlu keluar dari keranda. Sekali imbas, filem ini tidak memerlukan kos tinggi mahupun kesan khas untuk menaikkan ‘mood’ penonton.
Buried
Pengucapan dialog Paul hanya sekitar apa yang berlaku dengannya bersama beberapa individu melalui perbualan telefon. Tanpa perlu menunjukkan wajah si pemanggil, penonton sekali gus dapat mengagak perasaan cemas yang dilontarkan pihak lain malah kita akan turut terbuai dengan perasaan itu.

Malahan perasaan geram, kecewa, harapan, marah dan kesedihan digarap penuh emosi serta berhati-hati oleh Rodrigo dan dipersembahkan dengan baik sekali oleh Ryan.

Sebagai penambah perisa, elemen aksi diselit dengan penonjolan seekor ular berbisa yang menyelinap masuk ke dalam kerandanya lantas memaksa Paul untuk bertarung menyelamatkan diri dalam tempat yang begitu sempit.

Selain itu, Paul turut dihimpit masalah birokrasi yang wujud di antara pihak agensi tempatnya bekerja, Jabatan Keselamatan Negara Amerika Syarikat (AS) dan Pusat Kecemasan 911 tatkala berhubung dengan mereka bagi meminta bantuan.

Mendengar perbualan itu, penonton tidak dapat tidak mengiyakan wujudnya masalah itu dan sekali gus bagai satu suis yang menghidupkan minda kita untuk mencari kaedah mengatasi masalah berkenaan, terutamanya apabila berdepan dengan situasi kecemasan yang memerlukan bantuan segera.

Lebih sadis, dia turut menyaksikan rakaman visual rakan setugasnya yang dibunuh kejam penculik yang turut menculik seorang wanita melalui rakaman video yang dihantar ke telefon bimbit dan wanita itu dibunuh susulan tuntutan wang tebusan AS$5 juta yang diminta pengganas terbabit tidak ditunaikan.
Buried
Tertekan dengan situasi itu, Paul terpaksa akur memenuhi permintaan penculik yang mahu dia merakam pengakuannya melalui telefon bimbit untuk disiarkan di laman Youtube dan memaksa AS membayar wang tebusan bagi membebaskannya.

Dalam debaran menanti sama ada Paul akan diselamatkan atau tidak, penonton pasti tersentak dan sebak seketika tatkala mendengar perbualan antara Paul bersama isteri dan ibunya saat dia hampir menghadapi maut. Sama ada dia berjaya diselamatkan atau tidak, adalah lebih baik anda saksikannya sendiri dan merasai sendiri debaran itu.

Paul, pemandu trak bekalan, bertugas menghantar bahan binaan untuk pembangunan semula Iraq. Ketika menghantar bekalan, pasukannya diserang hendap segerombolan pengganas lalu mengakibatkan dia kehilangan rakan-rakan setugas. Apabila sedar, dia mendapati dirinya terperangkap dalam keranda dan dari situlah bermula penceritaan kisah Paul, lakonan Ryan yang mendapat pujian jemaah juri Festival Sundance, Januari lalu.

Sekiranya anda pernah menyaksikan Ryan, pasti anda berfikir untuk kali kedua dan mengatakan inilah persembahan terbaiknya dalam bidang lakonan terutamanya kepelbagaian watak yang diberikan kepadanya berbanding watak lucu sebelum ini.
TIADA kata yang dapat dirungkaikan tatkala menonton sisi serius Ryan Reynolds yang sebelum ini sinonim dengan watak komedi (The Proposal, Adventureland atau Just Friends).