CROSSING (NTV7)

CROSSING  (NTV7)

CROSSING (NTV7)
Tarikh Tayangan : 1hb Oktober 2010,
Hari Tayangan : Setiap jumaat,
Masa Tayangan : 8.30 malam
Episode : 13 episod
Sumber : Budiey.com
CROSSING  (NTV7)
SINOPSIS CROSSING (NTV7)

Bob bekerja sebagai seorang penyusun iklan (copywriter) di sebuah agensi pengiklanan di mana Bob sering kali diarah oleh bosnya, Ms Merlin (Nina Sharil Khan) yang juga suka mendesaknya. Bob juga kerap kali dibuli dan diambil kesempatan oleh kedua-dua rakan sekerjanya – penyambut tetamu dan “permaisuri pejabat”, Anthony (Xavier Fong) dan Brenda (Ruzana Ibrahim), Si Cantik yang mempunyai kebolehan manipulasi yang tinggi. Bob juga merupakan seorang yang mudah dibuli dan selalu diejek. Pendek kata, Bob boleh dikatakan sebagai seorang “loser”.

Suatu hari, Bob mengalami kemalangan aneh yang menyebabkannya mempunyai kebolehan untuk melihat mereka yang telah meninggal dunia atau roh dalam pantulan imejnya di cermin. Dia menggunakan kebolehannya untuk membantu roh tersebut menyelesaikan masalah mereka yang belum selesai ketika hidup. Melalui bantuan Bob, bukan sahaja mereka yang telah mati boleh bersemadi dengan tenang, malah keluarga dan rakan rapat si mati dapat kembali menjalani kehidupan sempurna.
CROSSING  (NTV7)
Lakonan berkesan oleh Zakizamani Osman yang juga turut mereka konsep jalan cerita ini telah berjaya membawa watak Bob yang lurus bendul dengan baik. Bob juga mempunyai daya tarikan tersendiri dengan mempunyai sifat yang suka memaaf dan membantu orang lain, menjadikan wataknya digemari ramai.

Bob kemudian berkawan baik dengan Katie, rakan sekerja barunya yang merupakan seorang pembikin filem yang menyerlah dan berperangai seperti seorang lelaki. Mereka berdua kemudiannya berganding bahu pada kali pertama untuk membantu roh mencari ketenangan dan dalam proses itu, mereka telah bertemu dengan Danny yang gemar sekali mencipta alat pengesan hantu.
CROSSING  (NTV7)
Mereka bertiga kemudiannya menjadi kawan karib dan bekerjasama untuk menolong roh-roh yang memerlukan bantuan Bob. Mereka bertiga melalui pelbagai adegan lucu ketika cuba menyelesaikan masalah roh yang menhantui Bob. Watak misteri yang hanya dilihat bayangannya dan kemunculan nota untuk Bob secara misteri menambahkan lagi aspek suspen dalam siri ini.