Legend of the Guardians - The Owls of Ga'Hoole

Legend of the Guardians - The Owls of Ga'Hoole


Filem: Legend of the Guardians: The Owls of Ga'Hoole
Peminjam suara: Helen Mirren, Geoffrey Rush, Jim Sturgess, Hugo Weaving, Emily Barclay, Abbie Cornish, Ryan Kwanten, Anthony LaPaglia, Miriam Margolyes, Sam Neill
Pengarah: Zack Snyder Penulis lakon layar: John Orloff, Emil Stern
Berdasarkan buku tulisan: Kathryn Lasky
Durasi: 91 minit
Mula ditayangkan: 23 September 2010
Sumber : berita harian

Ulasan dan Sinopsis Legend of the Guardians: The Owls of Ga'Hoole
SELEPAS kejayaan mengarahkan filem 300 dan Watchmen, Zack Snyder muncul dengan filem cereka animasi 3D pertamanya berjudul Legend of the Guardians: The Owls of Ga'Hoole. Filem yang diadaptasikan dari buku cerita kanak-kanak tulisan Kathryn Lasky ini berkisar pada mitos seekor burung hantu yang terjebak dalam pertarungan antara penjaga burung hantu yang berhati mulia dengan sekumpulan burung hantu jahat diketuai Pure Ones.
Legend of the Guardians - The Owls of Ga'Hoole
Soren, yang menjadi fokus utama filem ini begitu mengagumi Guardians of Ga’Hoole, sebuah kisah epik yang sering diceritakan bapanya sebelum tidur sehinggakan dia bercita-cita untuk mengikut jejak langkah pahlawan itu suatu hari nanti. Namun keterujaan Soren itu tidak dipersetujui abangnya, Kludd, yang menyifatkan semua cerita bapanya itu hanyalah khayalan.
Bukan saja tidak sependapat dengan adiknya itu, malah Kludd juga cemburukan Soren. Suatu hari, ketika mereka berdua belajar untuk terbang, tanpa disangka kecuaian mereka mengundang padah. Soren dan Kludd ditangkap dan ditawan di sebuah akademi untuk anak yatim milik Pure Ones.
Legend of the Guardians - The Owls of Ga'Hoole
Bagaimanapun, atas keberaniannya selepas menempuh pelbagai halangan, akhirnya Soren berjaya melepaskan diri dari penjara itu. Namun, Kludd lebih rela tinggal di sana dan dilatih menjadi pengkhianat serta pengikut setia Pure Ones. Di sinilah terletaknya konflik membabitkan dua beradik itu, dengan kemenangan akhirnya berpihak kepada Soren.

Biarpun ia filem animasi pertama berbentuk 3D yang dihasilkan oleh Snyder, namun hasilnya cukup membanggakan. Ia nyata setaraf dengan filem cereka yang pernah dihasilkan sebelum ini. Pembikinannya cukup kemas dan apabila dipindahkan ke layar perak, visual yang dilihat cukup mempesonakan.
Legend of the Guardians - The Owls of Ga'Hoole
Hutan tebal, pemandangan laut yang diambil daripada pemandangan di Tasmania amat cantik dan menarik perhatian penonton. Gerak kerja kamera 3D juga sungguh dinamik. Lihat saja babak sekumpulan burung hantu terbang membelah langit, ia nampak hidup dan begitu teliti sekali, hasil pemerhatian pelukis. Turut menyerlah ialah skor muzik yang mengiringi animasi ini. Amat sesuai dengan jalan cerita serta emosi yang dihasilkan oleh setiap karakter.

Filem ini juga kaya dengan mesej yang mengajak kita supaya percaya pada kebolehan diri sendiri tanpa perlu mengira apa yang diperkatakan orang lain. Soren umpamanya, sering meletakkan keazaman untuk menjadi seperti Guardian Owls dan yakin dengan dirinya sendiri walaupun semangatnya sering diperkotak-katikkan Kludd.
Legend of the Guardians - The Owls of Ga'Hoole
Meskipun skrip tulisan John Orloff dan Emil Stren ini kurang dari segi keaslian kerana menyamai filem cereka epik yang lain, namun ia tetap mempunyai tarikan tersendiri terutama dari segi falsafah yang terselit dalam dialognya. Bukan saja menyaksikan sebuah visual yang cantik, ia juga dapat mencerna mesej tersirat yang hendak disampaikan penulis skripnya.

Tidak dinafikan, mereka yang terbabit sebagai peminjam suara untuk filem ini turut menyumbang kepada keberkesanan watak dan perwatakannya. Bersesuaian dengan kerja produksi filem ini yang banyak dilakukan di Sydney, Australia, maka kebanyakan pelakonnya juga datang dari negara terbabit.

Antara pelakon terkenal yang meminjamkan vokal mereka untuk animasi ini termasuk pelakon terkenal, Helen Mirren, yang memegang watak sebagai burung hantu antagonis iaitu ketua penjahat dan juga teman kepada Pure Ones.