The Mentalist Season 2 (NTV7)

The Mentalist

The Mentalist Season 2 (NTV7)
Tarikh Tayangan : 4 Oktober 2010,
Hari Tayangan : Isnin,
Masa Tayangan : 8.30 malam
Episode : 23 episod
Sumber : berita harian


Sinopsis The Mentalist Season 2 (NTV7)


The Mentalist Season 2 mengisahkan Patrick Jane, seorang pakar perunding di Biro Penyiasatan California (CBI). Patrick mempunyai rekod yang amat memuaskan dalam menyelesaikan kes jenayah melalui pemerhatian dan kemahirannya dalam bidang mental. Dengan bantuan pasukannya, Patrick berjaya menyelesaikan banyak kes setiap minggu kecuali kes Red John. Kes ini mula disiasat sejak musim pertama drama bersiri ini dan ia berkaitan dengan dendam peribadi Patrick. Isteri dan anak Patrick dibunuh oleh Red John, seorang pembunuh misteri yang bijak. Kejadian itu menjadi antara sebab Patrick menyertai CBI, dengan harapan menuntut keadilan untuk isteri dan anaknya.
The Mentalist
Teresa Lisbon (lakonan Robin Tunney) ialah ketua pasukan unit siasatan yang disertai Patrick. Mereka kadang-kala mempunyai pendapat yang bercanggah. Anggota pasukan yang lain terdiri daripada Kimball Cho (Tim Kang), seorang yang rendah diri dan dikatakan sebagai ‘penolong kanan’ kepada Patrick; Wayne Rigsby (Owain Yeoman) sering tidak sabar dengan perangai dan cara Patrick menyelesaikan kes; dan Grace Van Pelt (Amanda Righetti) ahli pasukan CBI yang terbaru, yang percaya kepada kewujudan agama dan fizik. Kadang-kala Grace juga bercanggah pendapat dengan Patrick.
The Mentalist
Dalam episod pertama musim kedua yang ditulis oleh pengasas drama bersiri ini, Bruno Heller, Patrick dan pasukan CBI menerima berita pasukan mereka tidak perlu menyiasat kes Red John lagi. Kes itu diberi kepada kumpulan CBI terbaru yang diketuai oleh ejen Sam Bosco (Terry Kinney). Watak dan cara Sam mengendali kes berkenaan merisaukan Patrick.
The Mentalist
Dalam pada itu, Lisbon mendedahkan rahsia peribadinya sewaktu bekerja di bawah jagaan Sam. Dalam beberapa episod akan datang, Lisbon akan dituduh atas pembunuhan seorang perogol kanak-kanak yang diberkas olehnya beberapa tahun lalu. Patrick pula akan ditahan di penjara kerana merisik Sam dan akhir sekali diculik oleh Red John.
Musim kedua in juga membabitkan cerita romantik antara Patrick dan Kristina Frye (Leslie Hope), seorang yang mempunyai kuasa psikik. Manakala hubungan Rigsby dan Van Pelt semakin hangat menyebabkan mereka lalai dalam kerja.
The Mentalist
Pastikan anda tidak ketinggalan menonton aksi Patrick Jane dalam Musim Ke-2 The Mentalist mulai 4 Oktober pada setiap Isnin, jam 8.30 malam, hanya di ntv7, Saluran Ceria Anda!