Miami Medical (TV2)

Miami Medical (TV2)

Miami Medical (TV2)
Tarikh Tayangan : 2 Oktober 2010,
Hari Tayangan : Sabtu,
Masa Tayangan : 9.00 malam
Episode : 13 episode
Pelakon: Jeremy Northam, Lana Parilla, Mike Vogel, Elisabert Harnois dan Omar Gooding
Sumber : Budiey.com

Sinopsis Miami Medical (TV2)

Miami Medical berkongsi kisah sebuah pasukan doktor bedah ahli yang semakin berkembang. Mereka bekerja di unit trauma dimana mereka bertungkus-lumus berperang dengan perasaan sendiri membantu pesakit yang sememangnya sudah tiada harapan untuk hidup lama.
Miami Medical (TV2)
Sebagai sebahagian daripada Pasukan Alfa di situ, pasukan doktor bedah profesional ini berperanan besar untuk merawat pesakit dengan kecederaan yang mengancam nyawa.

Penonton diajak berkenalan dengan watak-watak utama siri perubatan ini termasuklah Dr Matius Proctor. Dia adalah anggaota baru pasukan trauma di situ setelah meninggalkan kerjaya lamanya dalam bidang swasta yang menguntungkan. Terdahulu dia pernah bertugas di unit MASH semasa Perang Teluk pertama.
Miami Medical (TV2)
Kemudiannya watak Dr.Eva Zambrano, seorang doktor bedah yang kuat bekerja. Namun pada masa sama dia berharap untuk mempunyai lebih banyak masa untuk menjalani kehidupan peribadinya.

Teman mereka Dr.Christopher Deleo yang dikenali sebagai Dr.C pula adalah kaki perempuan yang kehidupan sehariannya di kelilingi oleh ubat-ubat trauma. Daripada sisi yang lainnya pula dia seorang peminat koboi yang genius. Dalam pasukan sama juga ada Dr Serena Warren pula baru lulus dari sekolah perubatan dan cepat belajar erti percubaan tentang api.
Miami Medical (TV2)
Mereka dibantu oleh ketua jururawat bernama Tuck Brody yang berperanan mengimbangi keperluan doktor dan keluarga pesakit di situ yang selalunya memerlukan kesabaran yang tinggi serta tidak mudah lemah semangat.

Bertindak secara bersama-sama, pasukan ini unggul sebagai doktor dalam ‘lingkungan emas’ untuk membantu pesakit yang menderita luka parah. Apatahlagi ketika hidup pesakit bergantung pada usaha keras mereka untuk diselamatkan.

Saksikan babak-babak menarik dan adakalanya mencemaskan menerusi drama rantaian yang dibintangi pelakon hebat Jeremy Northam, Lana Parilla, Mike Vogel, Elisabert Harnois dan Omar Gooding ini pada setiap Sabtu, jam 9.00 malam di TV2.
Miami Medical (TV2)