Reign of Assassins

FILEM: Reign of Assassins
ARAHAN: Su Chao-Pin dan John Woo
PELAKON: Michelle Yeoh, Barbie Hsu, Jung Woo-Sung, Kelly Lin dan Shawn Yue
GENRE: Aksi Romantik
TAYANGAN: 14 Oktober 2010
ULASAN: Murshid Eunos (hymetro)

Reign of Assassins

Sinopsis Reign of Assassins

FILEM - Cinta si pembunuh upahan. MELIHAT barisan pelakonnya, filem Reign of Assassins yang diarah Su Chao-pin dengan pemantauan pengarah tersohor, John Woo disangka sebuah naskhah yang padat dengan aksi dan babak pertarungan tanpa henti.


Reign of Assassins mengisahkan seorang pembunuh upahan wanita yang hebat dengan teknik membunuhnya terpaksa berdepan satu tugas yang melangkaui imaginasinya. Mana tidaknya, Drizzle terpaksa mendapatkan semula sebahagian mayat seorang sami, Bodhi yang dipercayai mempunyai satu kuasa hebat. Drizzle yang patuh pada kumpulannya, The Black Stone akur dengan perintah itu.
Reign of Assassins
Namun selepas mengetahui agenda di sebalik yang bertentangan dengan prinsipnya, Drizzle melarikan diri daripada kumpulannya. Drizzle mengubah penampilan dan wajahnya serta menggunakan pengenalan baru sebagai Zeng Jing bagi memulakan kehidupan baru.


Kemudian dia jatuh cinta dengan Jiang Ahsheng. Tidak lama selepas mengahwininya, baru dia sedar rupa-rupanya suaminya adalah anak kepada lelaki yang pernah dibunuhnya. Perkahwinan itu dirancang kerana Jiang Ahsheng turut menyimpan agenda bagi membalas dendam atas perbuatan Zeng Jing membunuh ayahnya.
Reign of Assassins
Kemelut itu berlarutan hingga menyebabkan pertarungan tiga penjuru. Zeng Jing terpaksa berdepan kumpulannya yang tidak henti-henti memburu serta suaminya yang ingin membunuhnya.

Namun menariknya filem ini adalah episod drama romantik yang diselit selari. Lakonan Michelle Yeoh tidak perlu disangkal tatkala mengatur langkah aksi seni pertahankan diri. Malah ekspresi wajahnya dalam melakonkan babak romantik dan permainan emosi wajar dipuji.
Reign of Assassins
Debaran tetap ada kerana pengarahnya bijak memancing perhatian penonton, terutama detik cemas selepas segala rahsia terbongkar. Malah pengarahnya juga bijak mengundang rasa sedih dan sayu apabila perasaan bersalah, rasa sayang dan kekeliruan Zeng Jing diterjemah dengan kemas.

Pendek kata, Reign of Assassins adalah naskhah yang patut ditonton untuk melihat sisi lain dalam sebuah filem bercorak aksi romantik. Bukan saja pada plot ceritanya menarik dan punya kekuatan, malah lakonan setiap barisan pelakonnya menghidupkan lagi keindahan keseluruhan plot ceritanya.

Reign of Assassins