WALL STREET - MONEY NEVER SLEEPS

WALL STREET - MONEY NEVER SLEEPS


WALL STREET - MONEY NEVER SLEEPS
pengarah: Oliver Stone
Tarikh Tayangan : 24 September 2010,
Hari Tayangan : JUMAAT,
Pelakon: Michael Douglas, Shia LaBeouf, Josh Brolin, Frank Langella
Sumber : meow.my

SINOPSIS WALL STREET - MONEY NEVER SLEEPS

Dendam terbesar dalam diri Gordon Gekko ialah anaknya sendiri Winnie Gekko! (Carey Mulligan). Sementara Jacob ‘Jake’ Moore (Shia LaBeouf) kekasih Winnie dipergunakan untuk melunaskan dendamnya yang satu lagi kepada Bretton James (Josh Brolin).
WALL STREET - MONEY NEVER SLEEPS
Tambahan pula kerana Jake sememangnya hendak memusnahkan syarikat dan karier Bretton yang menjahanamkan syarikat mentornya terdahulu, Lewis Zabel (Frank Langella).
WALL STREET - MONEY NEVER SLEEPS
Jake seperti anak yang kehilangan bapa adalah protege terbaik kepada mentor barunya, Gordon Gekko. Kesanggupan Jake bekerja dengan James kononnya sebagai gunting dalam lipatan memakan dirinya sendiri. James bukan sebarangan ahli korporat kerana dialah yang telah memenjarakan Gordon kerana dagangan haram saham (nota: Gordon Gekko bukan dipenjarakan kerana kesalahannya yang diadukan oleh Bud Fox dalam filem Wall Street 1987).
WALL STREET - MONEY NEVER SLEEPS
Akhirnya Jake yang menjadi kambing hitam alat permainan kotor kepada kedua-dua Gordon dan James. Malahan Jake dipergunakan sepenuhnya oleh Gordon untuk mendekati Winnie kononnya bertujuan memperbaiki hubungan anak-bapa. Namun begitu, muslihat itu akan menguntungkan Gordon Gekko secara mutlak persendirian.
WALL STREET - MONEY NEVER SLEEPS