The Cheetah Girls (TV2)

The Cheetah Girls
The Cheetah Girls (TV2)
Tarikh Tayangan :23 November 2010
Hari Tayangan : Selasa,
Masa Tayangan : 10.00 malam
Sumber : Budiey.com

Sinopsis The Cheetah Girls (TV2)

Khas buat tontonan peminat setia artis terkenal dikalangan remaja iaitu The Cheetah Girls yang popular dengan lagu Why Wait, Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi kemeriahan cuti sekolah ini dengan menyiarkan 3 filem yang dibintangi empat anggota kumpulan remaja popular ini secara berturut-turut menerusi saluran Dunia Ria, TV2.
The Cheetah Girls
Bermula dengan tayangan filem The Cheetah Girls pada 23 November 2010 (Selasa), jam 10.00 malam, filem ini mengisahkan sebuah kumpulan yang terdiri daripada empat orang remaja dikenali sebagai Galleria, Chanel, Aqua dan Dorinda. Mereka berkunjung ke Manhattan untuk menyertai sebuah ujibakat nyanyian. Di sana mereka bertemu dengan seorang produser bernama Jackal Johnson yang akan membawa mereka menjadi popular. Pelbagai konflik berlaku lantaran perlu membuat keputusan.

Kemudiannya usah ketinggalan menyaksikan pula kesinambungannya menerusi The Cheetah Girls 2 pada 30 November 2010 (Selasa), jam 10.00 malam.