The Child’s Eye

The Child’s Eye
Tarikh Tayangan : october 2010
Pelakon: Elanne Kwong, Rainie Yang, Shawn Yue, Ka Tung Lam, Izz Xu dan Rex Ho
Sumber : Berita Harian

Sinopsis The Child’s Eye


FILEM seram digital pertama Asia, The Child’s Eye, menunjukkan taringnya apabila menguasai filem pecah panggung negara ini pada hujung minggu lalu. Selain mengetepikan filem komedi aksi Hollywood, The Other Guys, ia turut menafikan percubaan komedi seram tempatan, Jangan Pandang Belakang Congkak 2, untuk bertakhta di tangga pertama.
Filem berkenaan ditulis dan diarahkan oleh adik-beradik Pang, Oxide dan Danny, yang sebelum ini menghangatkan panggung di benua Asia menerusi filem The Storm Warriors lakonan Ekin Cheng dan Aaron Kwok.

Dilakonkan oleh Elanne Kwong, Rainie Yang, Shawn Yue, Ka Tung Lam, Izz Xu dan Rex Ho, filem ini bercerita mengenai rancangan Lam Lam dan rakannya yang terbantut di Thailand akibat beberapa siri kejadian seperti krisis politik, halangan di lapangan terbang antarabangsa dan sekatan jalan.

Dengan berat hati, mereka tinggal di sebuah hotel lama yang tidak terurus. Sebaik saja mendaftar masuk, mereka bertembung dengan tiga kanak-kanak pelik dan seekor anak anjing. Seterusnya, satu demi satu kejadian aneh mula berlaku.

Tentunya bagi penggemar filem seram, garapan terbaru dua beradik pintar berkenaan sukar untuk dilepaskan. Apatah lagi ia dibarisi bintang masa kini yang sedang ligat mencipta nama dalam dunia hiburan Asia.

Mula diputarkan di pawagam negara ini pada 14 Oktober, The Child’s Eye ditayangkan secara perdana pada Festival Filem Venice, September lalu.
Sementara itu, bagi peminat setia aktor Denzel Washington, nantikan kemunculan aksi terbarunya menerusi filem Unstoppable pada 4 November ini, di pawagam berdekatan anda.