HISSS

FILEM: Hisss
ARAHAN: Jennifer Chambers Lynch
PELAKON: Mallika Sherawat, Irfan Khan dan Jeff Doucette
GENRE: Aksi Seram
TAYANGAN: 29 Oktober 2010
ULASAN: Amirul Haswendy Ashari (berita harian)
Mallika Sherawat

Sinopsis Hisss

Filem ini mengisahkan lelaki Amerika, George (Jeff Doucette) yang mengalami barah otak tiba di India untuk mendapatkan permata ular yang dipercayai mampu menjadikannya terus hidup.
Mallika Sherawat
Dalam usahanya itu, Jeff mengarah sekumpulan rakyat tempatan menangkap seekor ular tedung jantan yang dipercayai pasangan kepada seekor dewi ular dengan harapan sang dewi akan datang menyerah permata itu kepadanya sebagai ganti.
Mallika Sherawat
Perbuatan jahatnya itu menyebabkan dewi ular ingin membalas dendam dan menyelamatkan pasangannya. Dalam pada itu, sang dewi turut melaksanakan tanggungjawabnya dengan membunuh mereka yang berlaku kejam terhadap spesiesnya, wanita dan kanak-kanak. Pembunuhan ngeri yang semakin menjadi-jadi mendorong detektif, Vikram Gupta menyiasat kes ini.
Mallika Sherawat
Pelbagai kejadian aneh berlaku tatkala Vikram cuba menyelesaikan kes itu namun buntu. Setelah mendapat petunjuk daripada ibu mentuanya yang kurang waras, Vikram akhirnya melihat kejadian aneh itu di depan matanya dan segala misteri pembunuhan yang berlaku sebelum ini selesai dengan cara sendiri.