Life As We Know

Life As We Know
Tarikh Tayangan : 8 october 2010
Pelakon: Katherine Heigl & Josh Duhamel, Josh Lucas
Sumber : Budiey.com
Life As We Know
Sinopsis Life As We Know

Mengisahkan dua individu yang berkongsi teman karib sama namun berlainan latar belakang, karakter dan personaliti. Teman rapat kedua-duanya pernah cuba menyatukan Holly dan Messer namun gagal memandangkan perangai yang jauh berbeza. Sejak itu mereka tidak menyukai sesama sendiri meskipun sering terserempak dalam majlis teman rapat mereka. Malah anak tunggal kepada teman karib mereka yang masih bayi, Sophie dijadikan seperti anak sendiri kerana hubungan persahabatan yang akrab.

Messer yang bertugas sebagai tenaga produksi bagi perlawanan bola keranjang begitu sosial dan ‘kaki perempuan,’ berlainan dengan Holly, pekerja kedai menjual kek yang tiada teman lelaki.

Bagaimanapun, tidak semena-mena kedua-duanya menerima satu berita mengejutkan yang mana sahabat itu meninggal dunia akibat kemalangan. Dijadikan cerita, bagi merumitkan keadaan, pasangan sahabat baik mereka berdua meninggalkan wasiat supaya Holly dan Messer menjaga Sophie.
Life As We Know
Mahu atau tidak, Holly dan Messer terpaksa berdepan senario yang paling tidak disukai – menjaga Sophie dan berpindah ke banglo milik teman mereka bersama-sama. Bayangkan, dua personaliti dan perangai berbeza, bersatu di bawah satu bumbung.
Life As We Know
Holly yang menyimpan perasaan terhadap seorang doktor terpaksa berdepan masalah bagi menerangkan apa berlaku padanya. Namun kerana kejujurannya, cintanya berbalas. Meskipun berlaku pelbagai pertelingkahan antara mereka kerana masing-masing masih kekok menjaga bayi, akhirnya terbit pula rasa sayang yang tersembunyi dalam hati mereka.
Life As We Know
Rasa tanggungjawab dalam membesarkan Sophie serta menjaga kediaman teman baik mereka akhirnya merapatkan lagi hubungan Messer dan Holly dan akhirnya mereka jatuh cinta.
Life As We Know