Masyitah (TV3)

Masyitah (TV3)
Tarikh Tayangan : 21.11.10
Hari Tayangan : Ahad,
Pelakon: Umie Aida, Eizlan Yusof, Fimie Don, Rozi Othman, Zarynn Min, Azahan Rani
Sumber : Budiey.com


Sinopsis Masyitah (TV3)

Masyitah mengisahkan kecekalan seorang isteri dan ibu, (Masyitah), dalam mendepani kemelut rumah tangga apabila anak yang dilahirkannya, Faiz mengalami sindrom autisme (lembam). Lebih malang lagi, suaminya, Halim serta ibu mertuanya, Rohani tidak dapat menerima kehadiran Faiz. Rohani tidak mahu keluarga mereka yang terkenal sebagai `orang baik-baik’ mendapat malu dengan kehadiran Faiz.

Justeru hubungan Halim dengan Masyitah dan Faiz sentiasa dingin, sehingga akhirnya Halim terjebak dengan cinta terhadap Maya, Pembantu Peribadinya. Dalam usaha menarik perhatian Maya, Halim memburuk-burukkan Masyitah. Kononnya Masyitah lebih mengutamakan anak daripada dirinya. Maya yang tidak tahu perkara sebenar, bersimpati dan akhirnya jatuh cinta pada Halim. Rohani pula merestui hubungan mereka berdua.

Menyedari dia tidak ada saudara mara kerana dibesarkan di rumah anak yatim dan tidak di terima oleh keluarga Halim, Masyitah berhenti kerja sebagai Pengarah Operasi di sebuah syarikat jualan langsung untuk memberi perhatian kepada Faiz. Masyitah berusaha mengajar Faiz tahu mengurus diri – mandi selepas bangun dari tidur, kemudian mengenakan pakaian dan makan sebagai persediaan masa depan Faiz sekiranya berlaku apa-apa pada dirinya. Namun tidak semudah itu untuk mendidik anak austisme. Beberapa kali Masyitah hampir tertewas, bagaimanapun atas sokongan kawan baiknya, Alia, akhirnya dia mendapat kembali kekuatan dirinya.

Di saat urusan melFaiz Maya sedang dirancang, Maya mendapat tahu cerita sebenarnya mengenai kemelut rumah tangga Halim dan Masyitah. Maya terkilan dan nekad memutuskan hubungannya dengan Halim. Halim mengesyaki Masyitah yang mensabotajnya, terus memecut kereta dengan laju ke rumah Masyitah. Halim terbabit dalam kemalangan dan akhirnya lumpuh dari arah pinggang ke bawah.

Rohani yang sentiasa sibuk dengan kerja amal sebagai strategi untuk mempopularkan syarikat bagi memudah mendapat projek, tidak dapat memberi sepenuh perhatian kepada Halim. Begitu juga dengan adik Halim, iaitu Haikal, sikap tamak kerana mahukan Rohani menyerahkan sepenuhnya urusan syarikat kepadanya, nekad tidak mahu mengambil berat tentang Halim. Dalam keadaan terbuang itu, Masyitah dan Faiz membawa Halim pulang dari hospital. Halim terharu dan mula menyedari betapa besarnya pengorbanan Masyitah terhadapnya serta perhatian yang diberikan oleh seorang anak lembam kepadanya.