MEGAMIND

MEGAMIND

MEGAMIND
Dibintangi : Brad Pitt, Will Ferrell, Jonah Hill dan Tina Fey
Genre : Animasi
Sumber: manggaonline.com
MEGAMIND

SINOPSIS MEGAMIND

Telatah Megamind memang menghiburkan dan penuh aksi melucukan. Filem animasi terbaru terbitan United International Pictures (UIP) ini dibintangi oleh Will Ferrel (Megamind), Brad Pit (Metro Man) dan Tina Fey (TV reporter Roxanne Ritchi).

Megamind mengisahkan penjenayah yang terkenal dengan ciptaan hebat untuk menakluk dunia seringkali tewas kepada saingannya, Metro Man. Setelah lebih 20 tahun berusaha, secara tidak sengaja ciptaan Megamind telah membunuh musuhnya itu.
MEGAMIND
Namun keadaan tidak semudah yang disangka, dia mula merasa kehilangan dan menakluk dunia tidak pernah menggembirakan hatinya. Dalam pada itu, Megamind menyedari dirinya telah jatuh hati kepada Roxanne Ritchi, seorang wartawan TV.
MEGAMIND
Kebosanan menakluk dunia telah melahirkan satu idea untuk mencipta hero baru yang lebih hebat daripada Metro Man. Mampukah orang biasa bertindak sebagai hero apabila diberikan kuasa luar biasa? Adakah Megamind mampu menewaskan hero ciptaannya sendiri?
MEGAMIND