Oblivious (8TV)

OBLIVIOUS - Aksi spontan dalam ‘Oblivious’ hanya di 8TV
TARIKH SIARAN: 29 SEPTEMBER 2010
HARI SIARAN: RABU
WAKTU SIARAN: 9.30 PM
TEMPOH: 30 MINIT
EPISOD: 20 EPISOD
BAHASA: INGGERIS
SUMBER : BUDIEY.COM

Oblivious

Sinopsis Oblivious

Ini bukan rancangan prank. OBLIVIUOS merupakan rancangan permainan yang mengandungi kamera tersorok yang anda tidak ketahui! Pengacara OBLIVIUOS yang melakonkan pelbagai watak akan memilih sesiapa saja yang beliau mahu dan mereka akan disoal tanpa mengetahui yang perbualan dan aksi mereka sedang dirakam.

Peserta yang bertuah itu akan dipilih oleh pengacara OBLIVIUOS, Regan Burns tidak kira sama ada di tepi jalanan, dalam teksi, di restoran, di bank atau di kedai kecantikan. Peserta akan diberi 5 soalan atau suatu tugasan dan jika mereka menjawab soalan dengan betul dan dapat menyelesaikan tugasan yang diberi, mereka akan memenangi wang tunai bernilai $20!

Salah satu segmen dalam rancangan ini, peserta akan diberi masa untuk menjawab soalan sebanyak yang mungkin dalam masa 60 saat. Sekali lagi, mereka akan memenangi wang tunai bernilai $20 untuk setiap jawapan yang betul. Di akhir permainan ini, mereka akan berpeluang menerima wang tunai bernilai $100 sekiranya dapat menjawab soalan bonus!
Oblivious
Dalam segmen “lighting round”, peserta harus bertukar peranan iaitu peserta harus berlakon menjadi seperti pengacara tersebut dan menyoal orang awam lain dengan 5 soalan. Untuk setiap soalan yang ditanya, mereka akan menerima $20 jika betul dan jika peserta yang menjawab soalan itu dengan betul, peserta yang berlakon itu tadi akan menerima $100 manakala peserta baru akan menerima $20.

Permainan ini mudah dan sangat melucukan. Soalan yang ditanya juga senang! Mereka akan disoal mengenai tajuk budaya pop dan seni halus sehinggalah politik dan hiburan. Mereka yang menjawab soalan dengan betul akan memenangi wang tunai! Kadangkala Regan Burns akan menghadiahkan sahaja wang itu dan terus meninggalkan peserta terkontang-kanting dan ada kalanya hadiah tersebut akan ditinggalkan di tempat yang tidak sesuai!
Oblivious
Regan Burns yang dikenali ramai sebagai pelawak yang bagus boleh menjadi sesiapa sahaja. Baik sebagai pengurus pam minyak yang akan menyoal penunggang motosikal, dia juga boleh menjadi pelayan bar atau tukang cuci rambut yang akan menyoal pelanggan semasa proses mencuci rambut dijalankan.