Oh Yeah! (1-13 END)

Oh Yeah! (Astro Warna)
Tarikh Tayangan : 15 Oktober 2010,
Hari Tayangan : jumaat,
Masa Tayangan : 10 malam
Pelakon: Afdlin Shauki, Zizan, Nabil, Adibah Noor dan Sharifah Amani
Sumber : berita harian

Oh Yeah

Sinopsis Oh Yeah! (Astro Warna)


KETIKA penerbit lebih cenderung menonjolkan aneka drama dengan pelbagai genre kesukaan ramai, Afdlin Shauki pula memilih untuk menghasilkan program bercorak komedi sketsa atau spoof berjudul Oh Yeah!.

Tidak lari daripada buah tangan sebelumnya, Ah-Ha yang dipertontonkan sekitar 1990-an, Oh Yeah! masih menonjolkan unsur satira sebagai usikan kerana situasi yang biasa berlaku di sekeliling lebih memberi kesan terhadap penceritaan. Bagi merancakkan lagi sketsa selama sejam itu, lima teraju utama digandingkan bagi menggamatkan watak iaitu Afdlin Shauki, Zizan, Nabil, Adibah Noor dan Sharifah Amani selain dimeriahkan dengan kemunculan ramai personaliti jemputan se[erti Datuk Malek Noor, Ana Rafali, Zulhuzaimi, Bob Kuman, Khir Rahman, Ida Moin dan Syanie. Afdlin berkata, sudah banyak drama atau telefilem dipaparkan di kaca TV tetapi sketsa komedi semakin jauh daripada pandangan penonton membuatkannya tampil dengan garapan idea segar berdasarkan situasi semasa untuk ditonjolkan menerusi Oh Yeah!

“Sebenarnya, sketsa lebih mencabar kerana banyak kisah ditonjolkan dalam satu segmen dan rantaian setiap cerita bergantung kepada watak utama. Jika pelakon utama kurang peka, watak atau cerita yang digarap tidak mampu memancing tawa penonton.

“Kita memilih Adibah, Nabil, Zizan dan Amani kerana mereka berbakat besar dan bijak mengendalikan keadaan. Sketsa umpama berbalas pantun, jika salah seorang tidak mampu membalas, ia akan mati begitu saja,” katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran Oh Yeah!.

Oh Yeah! menampilkan 13 sketsa dengan enam segmen dimainkan secara rawak untuk setiap episod malah antara yang dijangka menarik adalah Akademi Bomoh, Video Muzik Songsang, Sentap dan Why Should You Buy?.
Afdlin berkata, setiap sketsa diilhamkan hasil pemerhatian terhadap perkara di persekitaran kerana ia dekat dengan masyarakat malah apabila ia dipentaskan atau dipertontonkan, kebiasaannya tidak mengecewakan kerana mereka yang menonton pernah melalui kejadian sama.

“Tidak hanya pelakon, Oh Yeah! membabitkan segala macam gelagat manusia. Ia penuh dengan sindiran walaupun pada masa sama mencuit hati, tambahan pula sebagai masyarakat timur, kita biasa menggunakan ayat berlapik bagi menyuarakan rasa tidak puas hati.

“Kebiasaan yang seakan-akan sudah lari daripada norma masyarakat juga, kami paparkan menerusi Oh Yeah! Apa pun kami harap program ini mampu mengisi ruang kosong genre komedi yang memang perlu kelainan,” katanya mengenai produk terbitan Visions Work Sdn Bhd itu.

Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani berkata, pemilihan Oh Yeah! menepati kehendak penonton yang mahukan kepelbagaian terutama penerbitan tempatan bersesuaian situasi semasa serta lebih dekat dengan masyarakat.

Oh Yeah! akan disiarkan di Astro Prima, saluran 105 pada setiap Jumaat, jam 10 malam bermula 15 Oktober.

1) SET LAKONAN


2)RUMAH SEWA


DOWNLOAD Oh Yeah! (Astro Warna)

Oh Yeah Episod 01 = KLIK
Oh Yeah Episod 02 = KLIK
Oh Yeah Episod 03 = KLIK
Oh Yeah Episod 04 = KLIK
Oh Yeah Episod 05 = KLIK
Oh Yeah Episod 06 = KLIK
Oh Yeah Episod 07 = KLIK
Oh Yeah Episod 08 = KLIK
Oh Yeah Episod 09 =
KLIK
Oh Yeah Episod 10 = KLIK
Oh Yeah Episod 11 = KLIK
Oh Yeah Episod 12 =
KLIK


Oh Yeah Episod 13
mediafire : coming soon
Megaupload Part 1 - Part 2
Hotfile Part 1 - Part 2
FileServe Part 1 - Part 2