Sebelum Akhirat (TV3)

Sebelum Akhirat (TV3)
Tarikh Tayangan : 7.11.10,
Hari Tayangan : Ahad,
Pelakon: Fauzi Nawawi, Lisdawati, Yalal Chin, Mia Jia Tan
Sumber : budiey.com

Fauzi Nawawi Sebelum Akhirat

Sinopsis Sebelum Akhirat (TV3)

Mubarak kini tidak mampu lagi bergerak meskipun didalam hatinya meronta agar kembali sihat untuk menebus dosa-dosa silamnya. Namun itu semua tidak mungkin terjadi kerana dia kini hanya terlantar di katil menanti saat-saat kematiannya. Ditemani bekas ayah mertuanya, Yusuf disisi, membaca Yassin. . Sebelum berkeadaan sekarang, Mubarak selalu mengabaikan tanggungjawab sebagai umat Islam. Ibu bapanya dan rakan-rakan tidak dapat menegur tingkah lakunya kerana dia panas baran. Mubarak terkenangkan masa lampaunya…

Mubarak menjalankan perniagaan haram, seperti meminjamkan duit kepada orang ramai dan mengenakan bunga yang tinggi, menerima habuan apabila memberikan wanita cantik kepada orang-orang kaya dan setelah perempuan itu mengandung membawa mereka ke tempat menguggurkan kandungan. Mubarak memberi duit kepada ibu dan bapanya untuk pergi ke Mekah. Mereka tidak mahu menerima duit tersebut apabila mengetahui duit tersebut datangnya dari sumber haram . Mubarak rasa terhina dan melemparkan kata-kata kesat dan meninggalkan ibu bapanya di kampung. Mubarak berkenalan dengan Noridah, gadis sekampungnya. Hubungan mereka semakin intim namun Mubarak tidak berhajat memperisterikan Noridah yang bekerja di bandar. Mereka ditangkap khalwat dan terpaksa dinikahkah.

Setelah menjadi isteri Mubarak barulah Noridah tahu pekerjaan sebenar suaminya. Noridah dipaksa melayan pelanggan di rumah sendiri. Noridah pernah cuba melarikan diri ke rumah Mrs. Wong tapi sekali lagi menjadi mangsa kerana Mrs. Wong sebenarnya adalah ibu ayam yang giat menjalankan pelacuran. Noridah membuat aduan polis tetapi kerana tidak cukup bukti untuk mendakwa Mrs. Wong, dia terlepas tetapi akhirnya Noridah dapat membuktikan kesalahannya dan dia telah ditangkap. Noridah tidak sampai hati membuat laporan polis tentang suaminya.

Noridah mendapat tahu ibunya sakit dan perlu dibedah segera. Mereka tidak berkemampuan membayar kos pembedahan. Noridah terpaksa balik ke bandar berjumpa suaminya meminta duit dan Noridah telah dipukul kerana cuba melarikan diri. Sehinggalah Noridah mendapat tahu ibunya telah meninggal dunia, Noridah terus dipaksa melayan pelanggan di rumahnya. Semasa Noridah hendak ditiduri seorang lelaki, Noridah telah membunuh lelaki itu tetapi lelaki itu juga telah membunuh Noridah. Kedua-duanya meninggal di rumah Mubarak. Mubarak terlepas kerana dia tidak terlibat dengan kejadian itu, tapi Mubrak masih dipenjarakan kerana kesalahan-kesalahan lain. Setelah beberapa tahun di penjarakan, Mubrak dibebaskan. Ibu bapanya telah meninggal dunia, Mubarak tidak sempat meminta ampun.
Fauzi Nawawi Sebelum Akhirat
Kehidupannya amat menyedihkan. Kakinya membengkak dan menyukarkannya berjalan. Seluruh kaki dan badannya ditumbuhi penyakit kulit. Mubarak terfikir apabila dia mati nanti penyeksaan yang akan diterima olehnya sudah tentu lebih dasyat lagi. Walaupun Yusuf bekas ayah mertuanya, tetapi Yusuf masih menyayanginya dan banyak mengajar Mubarak mengaji dan sembahyang. Mubarak hanya terbaring di katil menunggu saat-saat kematiannya. Mubarak meninggal dunia. Yusuf hiba melihat keadaan menantunya yang mendapat balasan didunia. Yusuf sedih kerana Mubrak tidak sempat bertaubat dan sudah tentu Mubarak akan mendapat balasan yang lebih azab di akhirat nanti. Subhanallah……


Download Sebelum Akhirat (TV3):
http://rapidshare.com/files/388347564/C.SBLMAKHIRAT.avi.004
http://rapidshare.com/files/388348744/C.SBLMAKHIRAT.avi.003
http://rapidshare.com/files/388349947/C.SBLMAKHIRAT.avi.002
http://rapidshare.com/files/388351121/C.SBLMAKHIRAT.avi.001