Unstoppable

Unstoppable
Tarikh Tayangan : november 2010
Pelakon: Pine, Rosario Dawson, Kevin Dunn dan Jessy Schram.
Sumber : berita Harian
Unstoppable
Sinopsis Unstoppable

Washington kembali beraksi lasak di layar lebar selepas memaparkan persembahan memberangsangkan menerusi filem The Taking of Pelham 123 pada tahun lalu, serta The Book of Eli, awal tahun ini.

Kali ini, pelakon berusia 55 tahun dari New York itu dipasangkan dengan bintang muda dalam ciptaan, Chris Pine, yang pernah membintangi filem popular Star Trek pada 2009. Unstoppable diarahkan sutradara Inggeris, Tony Scott, yang antara lain turut menghasilkan filem Top Gun, Beverly Hills Cop II, The Last Boy Scout, True Romance, Crimson Tide, Enemy of the State, Man on Fire dan Deja Vu.

Melihat kepada senarai filem aksi dan thrillernya yang terdahulu, maka peminat sudah tentu boleh mengharapkan sebuah lagi hiburan hebat menerusi filem arahan terbaru Scott. Selain Washington dan Pine, turut sama beraksi dalam filem thriller aksi ini ialah Rosario Dawson.
Unstoppable
Filem ini mengisahkan percubaan dua lelaki, seorang jurutera veteran (Washington) dan seorang lagi pemandu muda (Pine), untuk menghentikan sebuah kereta api tanpa pemandu dipenuhi bahan toksik dikenali sebagai The Beast, yang bergerak laju di kawasan desa.

Kedua-duanya cuba mengelakkan insiden lebih buruk berlaku seandainya kenderaan terbabit memasuki daerah yang penuh dengan manusia. Dengan menaiki kereta api lain, mereka cuba untuk menghentikan The Beast, menggunakan segala kudrat dan kebijaksanaan yang ada.