5 DISEMBER (TV9)

5 DISEMBER (TV9)
Tarikh: 29 Disember 2020,
Hari: Rabu
Masa: 9.30 malam
Sumber: Budiey.com
Umie Aida

Sinopsis 5 Disember (TV9)

Mastura lakonan Umie Aida dan Aidil yang dilakonkan oleh Aqasha, telah bercadang untuk melangsungkan perkahwinan pada 5 Disember. Aidil telah mendapat pekerjaan tetap di Kuala Lumpur dan Mastura juga telah meminta Aidil mencarikan pekerjaan untuknya di sana supaya dapat membantu Aidil apabila berkahwin kelak. Mastura bertambah gembira apabila mendapat tawaran di Kuala Lumpur dan diminta untuk menghadirkan bagi sesi temuduga pada hari raya ketiga. Ibu Mastura meminta temuduga itru ditangguh seelok-eloknya selepas mereka berkahwin tetapi Mastura terlalu teruja dan tidak sabar untuk ke Kuala Lumpur. Mastura akhirnya bertolak dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur.
Aqasha
Aidil juga setia menunggu Mastura di stesen bas namun sehingga pukul 12 tengah malam, Mastura tidak juga muncul. Ini membuatkan Aidil berasa amat risau. Keadaan menjadi semakin tegang apabila ibu bapa Mastura mendapat panggilan daripada polis meminta mereka mengecam mayat yang dijumpai di tempat pembuangan sampah. Mastura telah dirogol, diliwat dan akhirnya dibunuh. Aidil terutamanya keluarga Mastura berasa amat kecewa dan sedih apabila mendapati mayat tersebut adalah Mastura.

Kekecewaan ini juga dikongsi bersama kakak sulung Mastura iaitu Laily Mastika, seorang peguam yang handal dan adik bongsunya Mohd Kasturi, seorang peniaga berjaya. Mastika bersumpah untuk mencari keadilan bagi adik kesayangannya yang dibunuh kejam. Pihak polis menahan seorang pemandu bas bernama Asmad namun Asmad tidak mengaku dengan kesalahannya. Namun akhirnya Asmad mengaku telah diupah dan berpakat dengan seorang lelaki bernama Firdaus, lelaki yang telah merogol dan membunuh Mastura. Siapakah lelaki bernama Firdaus ini? Adakah dia mengenali Mastura?

Jangan lupa saksikan tele-file berjudul 5 Disember yang penuh dengan tragis dan kisah menyayat hati yang turut dijayakan oleh Aaron Aziz, arahan Erma Fatima.