Agent Cody Banks 2 (TV2)

AGENT CODY BANKS 2 (TV2)
Tarikh: 23 Disember 2010
Hari: Khamis
Masa: 1.30 petang
Sumber: Budiey.com
Agent Cody Banks 2
Sinopsis Agent Cody Banks 2 (TV2)

mempaparkan kisah seorang budak biasa seperti kanak-kanak lain tetapi mempunyai rahsia tersendiri iaitu dia boleh memandu seperti orang profesional dan menjadi agen rahsia CIA.

Dalam filem Malcolm in the Middle, Frankie Muniz membawakan watak sebagai Malcom seorang budak lelaki yang mempunyai tiga adik beradik. Sebagai anak kedua di antara tiga beradik itu, Malcom selalu berhadapan dengan masalah di dalam menghadapi keluarganya yang agak pelik itu.
Agent Cody Banks 2
Tetapi, di dalam filem Agent Cody Banks 2 yang dibintangi olehnya kali ini, watak Frankie Muniz jauh berbeza berbanding wataknya di dalam filem komedi tersebut. Di dalam filem ini, Frankie Muniz memegang watak seorang agen CIA yang dikenali sebagai Cody Banks yang kembali beraksi dalam ‘Agent Cody Banks 2’ filem pengembaraan aksi komedi, yang menghantar agen rahsia muda ke Old Blighty.

Banks kembali ke Kem Woody, latihan CIA yang telah menyamar sebagai sebuah kem musim panas, di mana dia diberi pasangan baru, Derek (Anthony Anderson), dan tugasan baru mereka adalah untuk mengesan agen-agen jahat yang telah mencipta sebuah mesin eksperimen kawalan fikiran.
Agent Cody Banks 2
Penjahat telah meneruskan perjalanan ke Great Britain, sementara Banks pergi mendaftar di sebuah sekolah swasta kelas atasan di sana, di mana dia dipaksa untuk menyertai persatuan band di sekolah itu walaupun Banks kekurangan bakat muzik.
Agent Cody Banks 2
Dia telah bertemu dengan seseorang yang bakal bekerja bersamanya iaitu Emily (Hannah Spearritt), seorang remaja yang juga seorang agen CIA yang bekerja untuk kes yang sama. Diaz (Keith Allen), pelatih di kem musim panas, mencuri mesin kawalan fikiran dari CIA, dan melarikan diri ke London. Cody diberikan tugas mengesan mesin itu sebelum ia dimanfaatkan oleh orang lain untuk kegiatan yang tidak bermoral.
Agent Cody Banks 2
Berjayakah Cody di dalam usahanya untuk mencari Diaz dan pada masa yang sama harus melawannya untuk mendapatkan semula mesin kawalan fikiran tersebut? Jangan lupa untuk menonton filem aksi kanak-kanak yang menarik ini hanya di ‘TV 2 Dunia Ria’. Di antara barisan pelakon yang membintangi filem Filem dibintangi watak utamanya oleh Frankie Muniz, Hillary Duff, Keith David dan ramai lagi