Aku Budak Minang 2 (TV2)

Aku Budak Minang 2 (TV2)
Tarikh Tayangan :
17 November 2010,,
Hari Tayangan : Rabu,
Masa Tayangan : 8.30 malam
Episode : 13 episod
Pelakon: Joey, XY Zakari, Zulkeflie M. Osman, Baharudin Omar, Siti Nordiana
Sumber : Budiey.com

Sinopsis Aku Budak Minang 2 (TV2)

Kesinambungan dari kisah drama bersiri Aku Budak Minang, Selepas kematian kedua ibu bapa mereka, Ujang mula terasa tanggungjawab untuk menjaga adiknya kini terbeban di bahunya. Apatah lagi tugas itu telah diamanahkan kepadanya sebelum Ibunya menghembuskan nafas terakhir.

Ujang pula bertemu secara tidak sengaja dengan Joe yang sebenarnya adalah adik kandung kepada ”Abang Joe” yang pernah menjadi kawan karib Ujang semasa di Kuala Lumpur dahulu. Mereka bertemu semasa Ujang dan Aca berkelah di Ulu Bendul dan ketika itu Joe terjatuh dari atas batu dan kakinya terseliuh. Ujanglah yang merawatnya.
Aku Budak Minang
Nasib malang menimpa Ujang dan Aca apabila terpaksa di bermalam dilokap akibat salah faham tuduhan terlibat dengan najis dadah. Akibatnya Aca jatuh sakit dan terpaksa di hantar ke hospital. Namun akhirnya Ujang dan Aca dibebaskan atas tuduhan terlibat dengan najis dadah setelah didapati negatif ujian air kencing.

Pun begitu Aca yang tertekan mula menjadi murung dan hilang selera makan. Atas nasihat Atuk, Ujang membawa Aca bersiar-siar di Kuala Lumpur untuk memulihkan semangatnya kembali. Di sana Ujang telah ke rumah Joe untuk bermalam. Pada asalnya Atuk menyuruh mereka bermalam di rumah Kak Wok. Namun Ujang yang masih terasa hati dengan Kak Wok tidak mahu lagi ke rumah Kak Wok.
Aku Budak Minang
Ketika Ujang tinggal di rumah Joe barulah Ujang tahu Joe adalah adik kandung kepada ”Abang Joe” dan mereka telah terpisah semenjak kecil lagi. Joe yang tinggal bersama adik dan Ayahnya pula menghadapi masalah keluarga yang serius.

Maka itu, ketika Ujang dan Aca ingin pulang ke kampung semula, Joe telah menyatakan hasratnya untuk mengikut Ujang dan Aca pulang sama. Alasannya adalah ingin merasai cara hirdup di kampung. Tetapi sebenarnya Joe ingin lari dari masalah hidupnya.
Aku Budak Minang
Semasa di kampung, Joe banyak membantu Ujang sekeluarga dalam usaha penternakan ayam termasuklah memberikan modal kewangan. Ujang, Aca dan Atuk mula rapat dengan Joe. Namun hidup di kampung bukanlah semudah yang disangka oleh Joe apabila dia pernah menjadi mangsa belasahan orang kampung yang menyangkanya adalah seorang pencuri kerana orang kampung tidak pernah melihatnya sebelum ini.

Begitu juga konflik yang ditimbulkan oleh Din Gitar yang melancarkan hasutan pemulauan terhadap segala aktiviti orang tua kampung termasuklah majlis kenduri-kendara dan sebagainya. Ujang yang tidak menyebelahi mana-mana pihak sering menjadi mangsa gertakan Din Gitar namun apabila berkelahi Ujang sentiasa menang.

Aca pula yang semakin rapat dengan Joe mula merancang untuk menjalankan Projek Ternakan Kolam Ikan. Namun usaha itu hampir terbantut apabila Joe terpaksa pulang ke kampungnya di Perak kerana berita kematian Ibunya telah disampaikan oleh adiknya Haniza.

Aca yang berharap sangat Projek Ternakan Kolam Ikannya akan berjaya telah meminta pertolongan Ujang, namun Ujang yang tidak tahu menguruskan hal itu telah mengecewakan Aca. Akibatnya Aca mengurungkan diri seharian di biliknya kerana merajuk dan kecewa dengan Ujang.

Namun akhirnya atas bantuan Atuk dan Tok Penghulu, Projek Ternakan Kolam Ikan itu berjaya diteruskan secara berkelompok dengan penduduk kampung yang berminat. Dan manusia yang paling gembira pastinya adalah Aca yang sering berlari mengelilingi kolam ikannya setiap hari.

Ujang pula hanya mampu tersenyum kerana Aca masih bersamanya dan dia masih mampu menunaikan amanat terakhir Ibunya supaya menjaga Aca sebaik mungkin.