Alvin and The Chipmunks (TV2)

Alvin and The Chipmunks (TV2)
Tarikh: 22 Disember 2010,
Masa : 10.00 malam
Sumber: budiey.com
Alvin and The Chipmunks
Sinopsis Alvin and The Chipmunks (TV2)

Plot cerita file mini berlegar sekitar kisah mengenai trio Chipmunks Alvin, Simon dan Theodore yang bertemu dengan Dave Seville seorang pencipta lagu yang hampir merudum kerjayanya itu. Dave tidak menjangka bahawa trio itu sangat berbakat dalam bidang nyanyian. Trio ini telah menjadi sumber inspirasi kepada Dave. Dave telah membawa mereka pulang ke rumahnya. Dia tidak menjangka bahawa Chipmunks tersebut mampu menimbulkan kekecohan di dalam rumahnya.
Alvin and The Chipmunks
Walau pun begitu, trio tersebut begitu berbakat dalam bidang nyanyian. Mereka mengadakan latihan nyanyian di rumah Dave dengan bantuannya. Dave cuba menghantar demo suara trio tersebut dan secara tak langsung lagu mereka mula di mainkan pada stesen-stesen radio.
Alvin and The Chipmunks
Walaupun mereka adalah rakan kongsi di dalam dunia nyanyian tersebut, Dave dan trio Chipmunks menyedari bahawa mereka bukanlah sekadar rakan kongsi malah perhubungan mereka yang rapat itu menjadikan mereka seperti sebuah keluarga.
Alvin and The Chipmunks
Trio Chipmunks ini telah di kerah untuk menyanyikan lagu-lagu yang tidak sesuai dengan genre mereka, mendapat kurang kasih sayang dan hanya di pergunakan bagi mengaut keuntungan syarikat rakaman yang tamak tersebut. Akan tetapi, Alvin, Simon dan Theodore sungguh bernasib baik kerana mereka mempunyai bapa angkat (Dave) yang begitu menyayangi mereka yang telah menyelamatkan mereka daripada dieksploitasi oleh golongan yang tidak bertanggungjawab itu.
Alvin and The Chipmunks