Butterfly S (TV8)

BUTTERFLY S (TV8)
TARIKH SIARAN: 26 DISEMBER 2010 & 2 JANUARI 2011
HARI: SETIAP AHAD
MASA: 10.00 MALAM
EPISOD: 2
BAHASA: INGGERIS
SUMBER : BUDIEY.COM

Ainul Aishah

Sinopsis Butterfly S (TV8)

Dilahirkan dengan tanda rama-rama dan huruf S pada belakang bahunya, Ira seorang mahasiswa berusia 20 tahun mempunyai kuasa luar biasa. Walaupun Ira sudah mengetahui kemampuan beliau yang boleh membaca fikiran orang lain diawal usia 7 tahun, Ira sering ditertawakan oleh rakan-rakannya dan sering dianggap seorang yang pelik. Ira selalu menyendiri untuk mengelak dirinya dari ditertawakan oleh rakan-rakan yang lain.

Setelah melanjutkan pelajaran ke universiti, Ira berkawan dengan Ema yang merupakan rakan sebiliknya. Setelah kedua-duanya menjadi rakan karib, Ira menjadi bimbang apabila mengetahui Ema menyukai Razin yang merupakan pelajar nakal di universiti mereka. Ketika Ira sedang tidur, dia telah mendapat suatu petanda tentang satu serangan kejam terhadap seorang wanita dan yakin bahawa Razin mempunyai kaitan disebalik serangan tersebut.

Ira cuba menjauhkan Ema daripada Razin sementara beliau berusaha untuk menyelesaikan misteri terbabit. Semakin lama Ira menyiasat, beliau semakin tertarik dan mula menyimpan perasaan kepada Razin.

Dari masa ke semasa, Ira mula mendapat imbasan kematiannya sendiri. Sejauh mana kuasa luar biasa Ira akan membawa dirinya pergi? Apakah kaitan tanda lahir Ira dengan kematian beliau sendiri? Berjayakah Ira menyelesaikan misteri serangan kejam itu sebelum beliau bertemu dengan nasibnya sendiri?

Butterfly S pasti akan membuat anda tidak berganjak dari kaca TV anda kerana jalan ceritanya yang cukup menarik. Saksikan Ainul Aishah yang akan menghidupkan watak Ira, Isma Hanum yang akan memegang watak Ema sebagai rakan karib Ira disamping Azma Yusoff sebagai Razin dan Fairil Emran sebagai Nordin.

Saksikan Butterfly S yang akan ditayangkan pada 26 Disember dan 2 Januari 2010. Siri ini akan menemui anda setiap Ahad jam 10.00 malam secara eksklusif di 8TV.