Dimana Isteriku (TV3)

Dimana Isteriku (TV3)
Pelakon : Eizlan Yusof (Borhan), Ziela Bakarin (Suhaili), Elly Suriati (Munirah), Balkisyh Semundur Khan (Seri), Ijoy Azahari (Suhaimi), Isma Yusof (Jali), Zarina Zainuddin (Ruby), Kefli AF (Sofian)
Tarikh: 11 Disember 2010
Hari : Sabtu
Sumber: mymetro.com

Eizlan Yusof
Sinopsis Dimana Isteriku (TV3)

Dimana Isteriku menceritakan mengenai Borhan, ahli perniagaan berusia 55 tahun yang mempunyai isteri, Suhaili, dua anak lelaki, Suhaimi, Sofean dan anak perempuan, Shela. Mereka menjalani kehidupan mewah, tetapi tidak bahagia.

Borhan berasa ada kekurangan dalam hidupnya selama ini.Borhan juga mengharapkan isterinya, Suhaili menjaga kebajikan anak-anak dan keluarga, tetapi semua yang diharapkan tidak menjadi. Selain anak-anak mereka ada perangai masing-masing, Suhaili juga lebih mementingkan statusnya sebagai orang kaya dan selalu keluar rumah.


Pada suatu hari, Borhan jatuh sakit dan anak-anaknya tidak ingin bertanggungjawab dan ingin menghantar bapanya ke rumah orang tua. Borhan yang kecewa dengan sikap Isteri dan anak-anaknya melarikan diri ke rumah orang tua.

BANGLO dua tingkat di Jalan Pegawai Off Jalan U-Thant, Ampang bertukar menjadi rumah orang tua, Harapan Seri Bakti yang menjadi tempat tinggal Borhan untuk mencari ketenangan selepas kecewa dengan sikap isteri, Suhaili dan anak-anaknya yang tidak pernah berubah. Di rumah orang tua itu, Borhan bertemu dengan Jali yang terencat akal dan isterinya, Seri yang banyak menyedarkan dirinya mengenai nilai kekeluargaan. Pada masa sama, Borhan ingin mencari isteri pertamanya, Munirah yang dizalimi selama ini.