Duda Berhias (TV9)

DUDA BERHIAS
Tarikh : 15 Disember 2010,
Hari : Rabu
Masa: 10.30 malam
Lakonan: Fauzi Nawawi,Erry Putra, Siti Fazurina, Emelda Rosmila
Sumber: Budiey.com

Erry Putra
Sinopsis Duda Berhias

Duda Berhias arahan Arab ini menceritakan tentang dua orang duda yang tinggal serumah. Seorang bernama Hamzah yang bekerja sebagai mekanik dan seorang lagi Malik (Erry Putra) yang tidak mempunyai pekerjaan tetap. Hamzah lakonan Fauzi Nawawi telah jatuh hati dengan Ayu (Siti Fazurina) yang dilihatnya sering menunggu bas di hadapan bengkel tempat dia bekerja. Hamzah sering menceritakan tentang Ayu kepada Malik. Ini membuatkan Malik terasa tercabar kerana masih belum berjumpa dengan mana-mana wanita yang dapat dipikat. Apatah lagi Malik kecewa kerana masih gagal mencari sebarang pekerjaan.
Duda Berhias
Ketika membawa diri dengan motosikal buruknya, Malik terlihat sepasang kekasih bertengkar di tempat letak kereta. Malik terus membantu wanita yang dilihat itu daripada dipukul oleh teman lelakinya. Malik cukup pantang melihat lelaki memukul wanita dan telah memukul lelaki terbabit sehingga teruk. Wanita tersebut iaitu Yasmin (Emelda Rosmila) amat berterima kasih dengan bantuan Malik dan membawa Malik berjumpa dengan bapanya. Sebagai balasan, bapa Yasmin telah menawarkan pekerjaan kepada Malik sebagai Pegawai Sekuriti di syarikat miliknya dan Malik dibawa oleh Yasmin ke pusat membeli-belah untuk berbelanja. Apabila tiba di sebuah kafe, Malik ternampak Hamzah dan ingin membuat kejutan kepadanya.
Siti Fazurina seksi
Namun sebaliknya berlaku, apabila Malik terkejut melihat bekas isterinya Ayu bersama Hamzah. Bagaimana pula dengan Yasmin? Adakah Yasmin yang kini teman wanita Malik merupakan bekas isteri kepada Hamzah? Saksikan aksi lucu keempat-empat bintang terkenal tanahair ini di dalam Duda Berhias.