Haruskah Aku Mati (TV9)

HARUSKAH AKU MATI
Tarikh : 22 Disember 2020
Hari : Rabu
Masa: 10.30 malam
Sumber: Budiey.com

Zul Huzaimy
Sinopsis Haruskah Aku Mati
Zul Huzaimy yang melakonkan watak Irfan didapati menghidap penyakit barah otak. Isterinya Kamalia ingin membawa Irfan berubat di hospital tetapi ibunya berkeras ingin mengubatkan anak kesayangannya dengan cara tradisional. Ini membuatkan Kamilia dan Irfan berada di dalam keadaan dilema dan berbelah bagi. Kamalia ingin mendapatkan perubatan yang terbaik bagi suami tercinta tetapi tidak mampu berbuat demikian kerana ibunya menghalang. Apa yang harus dilakukan oleh Kamalia untuk membawa suaminya ke hospital?
fasha sandra
Adakah dia perlu menurut kata ibunya walaupun dia tahu bahawa perubatan moden sahaja yang dapat menyelamatkan suami tercinta? Tele-filem ini turut dilakonkan oleh Fasha Sandha, Wan Maimunah dan Syed Ali.