Janin (18SG )

Janin (18SG )
Tarikh Tayangan : 23 Disember 2010
Pelakon: Siti Shahrizah (Eja),Hairie Othman, Sherry Merlis, Zami Ismail, Kismah Johar, Zulkifli Md Zain, Rashidah Jaafar, Ghazali Abu Noh, Kuswadinata, Datuk Rahim Razali, Alanaaz Jahan dan Mohd Idris Mohd Diah.
Sumber : Sinemamalaysia.com
Filem Janin

Sinopsis Janin (18SG )

Janin mengisahkan kehidupan penduduk di sebuah kampung nelayan yang hidup dengan aman damai. Cerita bermula dengan ramai penduduk kampung selalu kehilangan duit mereka. Tetapi mereka tidak mengetahui siapa yang mencuri wang mereka. Sehinggalah beberapa orang kampung terserempak degan pencuri kecil bernama Esah.
Filem Janin
Esah, seekor toyol selalu mengunjungi keluarga Sutera isteri kepada nelayan bernama Hashim tanpa mereka sedari. Mereka mempunyai tiga orang anak yang masih kecil. Kunjungan Esah ke rumah Sutera terlalu kerap membuatkan hasil pencurian berkurangan. Ini membuatkan pembela Esah menjadi marah kerana hasil kecurian semakin berkurangan.
Filem Janin
Esah dimarah oleh pembelanya dan enggan diberi makan. Esah yang dahagakan kasih saying telah membunuh orang yang membelanya. Tanpa tuan, Esah menjadi ganas dan telah menyerang penduduk kampung dan banyak kejadian negeri telah berlaku.

Filem Janin
Orang orang kampong telah berpakat dan mula bertindak untuk menangkap Esah, tetapi tidak berhasil. Dengan tidak disangka mereka mendapat kejutan apabila mendapat tahu tentang hubungan antara Esah dan Sutera
Filem Janin