NCIS Los Angeles (TV8)

NCIS Los Angeles


NCIS Los Angeles (TV8)
TARIKH SIARAN: 29 NOVEMBER 2010
HARI: SETIAP HARI ISNIN
MASA: 9.30 – 10.30 MALAM
EPISOD: 13 EPISOD
SUMBER: BUDIEY.COM
NCIS Los Angeles
Sinopsis NCIS Los Angeles (TV8)

Watak-watak dalam siri ini bukan hanya sebagai penyiasat tetapi setiap daripada mereka mempunyai sejarah dan cerita masing-masing. NCIS: LA bakal membawa anda menyaksikan agen-agen ini bekerja keras menumpaskan pengedar dadah, sindiket haram dan pelbagai kes rumit

Sudahkah anda bersedia untuk menyaksikan kehebatan pasukan NCIS: LA menyelesaikan kes-kes jenayah dan apa yang lebih menarik pasukan ini mempunyai peralatan yang serba canggih.
NCIS Los Angeles
Siri ini dibintangi oleh pelakon terkenal Chris O’Donnell sebagai Agen G. Callen dan LL Cool J sebagai Sam Hanna. Segalanya tentang persahabatan, gurau senda dan sekumpulan agen yang cekap bekerja di bawah satu bumbung – itulah yang anda dapat saksikan dalam siri popular NCIS: LA!
NCIS Los Angeles
Episod pertama bermula dengan penyiasatan tentang kematian seorang pegawai Navy yang terbunuh dalam sebuah kes melibatkan sekumpulan pengedar dadah. Pada awalnya, pasukan NCIS ini mengsyaki pegawai ini merupakan orang tebusan, namun setelah membuat penyiasatan lanjut mereka mendapati anak saudara pegawai ini yang ditahan sebagai tebusan. Pasukan ini terpaksa bertarung dengan masa untuk menyelamatkan anak saudara pegawai terbabit.
NCIS Los Angeles