OVER HAULIN (TV8)

OVER HAULIN musim ke-4
TARIKH SIARAN: 14 NOVEMBER 2010
HARI: SETIAP AHAD
MASA: 11.00 MALAM
EPISOD: 18 EPISODE
SUMBER: BUDIEY.COM
OVER HAULIN

SINOPSIS OVER HAULIN

Program ini merupakan sebuah program tentang kereta di mana, kereta mereka akan dicuri dan mereka akan mendapatkan kereta mereka yang terlah diubahsuai secara percuma! Hebat bukan?
OVER HAULIN
Sekali lagi pakar-pakar kereta ini kembali untuk memberi ‘kehidupan baru’ kepada kereta-kereta antik dan usang.

Rakan-rakan atau ahli keluarga si mangsa selalunya akan berpakat untuk mencuri kereta si mangsa untuk diubahsuai sebelum si mangsa diberikan kejutan! Pakar kereta terkenal Chip Foose bersama pasukannya akan merancang untuk mencuri kereta si mangsa sebelum di bawa ke bengkel selama tujuh hari untuk diubahsuai.
OVER HAULIN
Si mangsa selalunya akan diberitahu bahawa kereta mereka dicuri atau ditarik oleh polis. Pelbagai helah telah dirancang dan pasukan Chip Foose dibantu oleh pengacara Chris Jacobs dan Adrienne Janic “A.J,” yang akan menyamar sebagai agen insurans atau pegawai polis.
OVER HAULIN
Ketika si mangsa berusaha mencari kereta mereka yang hilang, krew OVER HAULIN’ akan membawa kereta si mangsa ke bengkel yang lengkap dengan teknologi canggih serta gajet-gajet terkini. Kereta si mangsa yang kebanyakannya usang dan antik kemudiannya akan diuabahsuai oleh pakar-pakar kereta ini menjadi sebuah kereta yang serba baru dan canggih!
OVER HAULIN
Pasti anda tidak sabar untuk menyaksikan transformasi kereta-kereta dan anda hanya boleh menyaksikan sentuhan kreatif pakar-pakar kereta ini dalam OVER HAULIN’ hanya di saluran hip 8TV!