Private Practice Season 3 (NTV7)

Private Practice musim 3
Tarikh Tayangan : 4 Disember 2010,
Hari Tayangan : setiap Sabtu,
Masa Tayangan : 10.00 malam
Episode : 23 episod
Sumber : Budiey.com
Private Practice

Sinopsis Private Practice musim 3

Siri popular Private Practice yang direka oleh Shonda Rhimes ini mengisahkan kehidupan Addison Montgomery (Kate Walsh), seorang pakar bedah neonatal, dan rakan-rakan sekerjanya di pusat rawatan Oceanside Wellness di Santa Monica.

Pembuka tirai musim ketiga ini memaparkan sambungan babak tergantung musim lalu yang penuh dengan adegan cemas. Violet (Amy Brenneman) yang sarat mengandung ditinggalkan bertarung nyawa seorang diri setelah bayinya dirampas darinya.
Private Practice
Violet dan bayinya akhirnya terselamat tetapi pengalaman pahit tersebut meninggalkan kesan trauma yang mendalam. Ini menyebabkan Violet tidak terdaya menjaga bayi lelakinya. Kesan ini pula menimbulkan ketegangan dan tekanan ke atas perhubungan Violet dengan rakan-rakan sekerjanya, terutama perhubungannya dengan Pete (Tim Daly). Siapa ayah kepada bayi Violet juga akan diketahui, menyebabkan Pete dan Sheldon (Brian Benben) asyik bertelagah sesama sendiri.
Private Practice
Hayatilah babak-babak yang mendebarkan sepanjang 23 episod musim ini seperti kemunculan semula pesakit jagaan Naomi (Audra McDonald) iaitu Zoe dan Amelia di mana embrio mereka berdua telah di salah tukarkan dengan tidak sengaja.

Suasana menjadi lebih tegang apabila Naomi merasa bahawa dirinya telah dikhianati apabila mendapat tahu bahawa bekas suaminya, Sam (Taye Diggs) dan rakan karibnya, Addison, mempunyai perasaan terhadap sesama mereka.
Private Practice
Musim ini juga memaparkan sebuah letupan tragik yang menyebabkan kematian seorang wanita yang rapat dengan rakan sekerja termuda mereka, Dell (Chris Lowell), dan hampir membunuh seorang budak perempuan.

Sementara itu, anak perempuan Sam dan Naomi, Maya (Geffri Maya) hamil dan memutuskan untuk berkahwin dengan ayah kepada bayi kandunganya. Para doktor memasuki bidang yang penuh kontroversi apabila seorang petugas baru di Pacific Wellcare menyebabkan Naomi bergelut dengan idea mencipta bayi secara genetik sementara Violet pula membuat keputusan mendadak untuk mencuba terapi kejutan elektrik ke atas seorang pesakit.

Addison pula terkejut dengan ketibaan adik bekas suaminya Derek Shepard, Dr Amelia Shepard, di bandar, menambahkan lagi drama dalam musim ini.

Dalam episod finale, Sheldon jatuh hati kepada Charlotte (KaDee Strickland) yang akhirnya bertunang dengan Cooper (Paul Adelstein) membuatkan Sheldon lebih kecewa. Dell dan Maya pula terlibat dalam kemalangan. Semasa semua orang berusaha sedaya upaya menyelamatkan Maya dan anaknya yang belum lahir, Dell pula diabaikan.
Private Practice
Para penonton dan peminat setia Private Practice tentunya tidak akan ingin ketinggalan musim ketiga ini yang sarat dengan babak drama termasuk kematian tidak terduga, pergelutan perhubungan dan rawatan perubatan yang kontroversi. Saksikan drama siri kegemaran ramai, Private Practice Musim Ke-3, hanya di ntv7 setiap Sabtu, jam 10:00 malam, mulai 4 Disember 2010.