Seruan Pulau Nami

Seruan Pulau Nami
Tarikh Tayangan : 9 Disember 2010
Hari Tayangan : Isnin hingga Khamis
Masa Tayangan : 4 petang
Episode : 13 episod
Pelakon:Elly Mazlein, Zizan Nin , Sharonizam Noor , Wafi Rizal,Emelda, Arash Mohd, dan Shiela Mambo
Sumber : harian metro
Elly Mazlein
Sinopsis Seruan Pulau Nami

Drama Seruan Pulau Nami ini mengisahkan kehidupan Amira bersama anaknya, Wafi yang kemudian mengambil keputusan menyambung pelajaran di Korea.

Dia yang cuba melarikan diri daripada bekas suami, Hisham jatuh cinta dengan Razlan yang sebenarnya menganggap dia adalah Syafika iaitu adik kembar Amira.
zizan nin
Pelbagai konflik berlaku antara mereka hingga Syafika berdepan maut akibat menghidap penyakit barah otak. Amira berusaha meyakinkan Syafika antara dia dengan Razlan tidak mempunyai hubungan istimewa tetapi lelaki itu bersama Hisham masih menagih cintanya.

Drama bersiri Seruan Pulau Nami yang pertama produksi MW Entertainment Sdn Bhd, milik raja SMS, Mawi.