Tron Legacy

FILEM: Tron Legacy
ARAHAN: Joseph Kosinski
PELAKON: Jeff Bridges, Garrett Hedlund, Olivia Wilde
GENRE: Sains fiksyen
TAYANGAN: 16 Disember 2010
ULASAN: Amirul Haswendy Ashari
Sumber: Harian Metro
Tron Legacy
Sinopsis dan ulasan Filem Tron Legacy

SEKUEL filem sama pada tahun 1982 ini secara dasarnya adalah olahan semula Tron melalui penggunaan teknologi kesan khas yang lebih maju. Malah jika diimbas kembali filem dulu, Tron: Legacy kali ini memiliki kesan khas dunia baru digital yang hebat di mata penonton sebelum ini.

Biarpun beberapa babak mengenai filem ini boleh dikatakan baru tapi ia tidak menonjolkan kelainan sepatutnya berbanding kisah terdahulu. Terutamanya elemen drama yang cuba diselitkan dalam beberapa babak antara Kevin Flynn (Jeff Bridges) dan anaknya, Sam (Garret Hedlund). Malahan, Jeff yang pernah memegang watak sama dalam sekuel awal dikembalikan sebagai pelengkap filem itu.
Tron Legacy
Secara jujur cetusan rasa yang dilontarkan Kevin dan Sam sebagai bapa dan anak yang terpisah gagal menjentik perasaan penulis sebagai penonton. Ekspresi Sam menterjemah diri sebagai anak muda yang berdepan masalah peribadi kerana tekanan hidup, terlalu ringan dan membosankan.

Malah plot kisah dunia digital The Grid itu juga sangat lemah untuk diangkat secara penuh. Selain tarikan pada Sam yang terlalu singkat untuk diperkatakan, watak Olivia Wilde sebagai Quorra yang naif tapi lasak pada masa sama gagal memberi impak sepatutnya. Sekali gus menjadikan filem ini hanya bersandarkan kepada aksi dan teknik CGI sebagai tarikan utama.

Tron Legacy
Mengisahkan Sam yang jiwanya memberontak susulan dihantui misteri kehilangan bapa kesayangannya, Kevin selama lebih 20 tahun. Bapanya, seorang pengaturcara program komputer dan bekas ketua pegawai eksekutif Encom International hilang pada malam dia berjanji untuk membawa Sam ke pejabatnya keesokan harinya.

Tron Legacy
Bertahun menyimpan perasaan dendam dan rindu kepada ayahnya, Sam sering menolak pelawaan rakan baik ayahnya, Alan Bradley untuk kembali ke Encom sebagai pengerusi syarikat itu. Biarpun mengetahui reputasi syarikat itu semakin merudum akibat perbuatan bapa saudaranya yang tamak, Sam tetap mempertahankan pendiriannya namun menyelamatkan syarikat itu dengan caranya sendiri.
Tron Legacy
Satu hari, Alan datang ke rumahnya untuk memujuk Sam menerajui syarikat itu serta memberitahu dia menerima pesanan ringkas melalui nombor 'pager' milik Kevin. Didorong perasaan ingin tahu, Sam ke arked permainan milik keluarganya dan menemui pejabat bawah tanah yang menjadi pusat penyelidikan bapanya.

Tanpa mengetahui apa yang berlaku dan dengan cara tidak sengaja, Sam dibawa ke dunia The Grid yang dihasilkan bapanya dua dekad lalu. Di situ, Sam berdepan dengan program permainan digital yang dibina bapanya. Tekad untuk terus hidup, Sam terpaksa berlawan dalam setiap permainan kalah-mati yang diatur program CLU 2, versi baru Kevin yang terlalu taksub pada kesempurnaan.