Anda Ada 60 Saat (Astro Warna)

Anda Ada 60 Saat Astro Warna

Rancangan permainan terkini terbitan Astro akan bermula pada 25 Disember ini. “Anda Ada 60 Saat” merupakan rancangan permainan yang menjanjikan hadiah yang lumayan! Rancangan selama sejam ini memerlukan para peserta berdepan dengan 10 cabaran yang sukar disamping menggandakan wang tunai.

Rancangan ini dihostkan oleh Nabil Raja Lawak dan akan disiarkan pada jam 10 malam, Sabtu dan Ahad. Dengan menggunakan barangan harian, permainan ini menguji kepantasan dan ketangkasan peserta. Peserta akan disingkirkan jika gagal menyelesaikan tugasan dalam masa 60 saat. Peserta yang berjaya melengkapkan 10 cabaran boleh membawa pulang hadiah utama berjumlah RM500,000!

Peserta boleh berlatih di rumah dengan menggunakan perkhidmatan interaktif Butang R. Video-video contoh cabaan ini pula boleh ditonton di laman web Anda Ada 60 Saat dengan melayari http://www.astro.com.my/andaada60saat.

Jangan lupa saksikan Anda Ada 60 Saat, bermula 25 Disember 2010, setiap Sabtu dan Ahad, jam 10 malam, Eksklusif di Astro Warna (132)?