MERLIN SEASON 3 (TV3)

Merlin Musim 3
Tarikh Tayangan: 7 Januari 2011
Episode: 13 episode
Hari Tayangan: setiap hari Ahad
Masa Tayangan: 9.00malam
Sumber: budiey.com

Merlin Season 3

Sinopsis Merlin Musim 3

berkisar tentang kisah seorang penyihir muda, Merlin (Colin Morgan) yang terpaksa menempuh pelbagai rintangan dan ujian yang semakin merbahaya serta pertarungan yang lebih sengit demi memperjuangkan misi sulit menyelamatkan Prince Arthur (Bradley James) di tanah air Camelot, sebuah negara magis dibawah kepimpinan Raja Uther Pendragon (Anthony Head) yang melarang segala bentuk sihir dan magis di sepanjang pemerintahannya.

Konflik dan pengembaraan MERLIN musim ketiga bermula dengan kepulangan Morgana kerana ingin membalas dendam kesumat beliau terhadap Raja Uther dan kerajaan Camelot yang kebetulannya sedang menghadapi kemelut dahsyat. Malangnya, tiada siapa dapat menyangkal misteri di sebalik kehilangan Morgana sebelum ini kecuali Merlin.
Merlin Season 3
Jadi, apabila rahsia yang telah dilupakan kembali diseru, dan apabila sahabat lama muncul dengan pakatan baru, kini bermulalah pertempuran dua kuasa antara baik dan jahat yang bakal menggegarkan tanah Camelot!

Walaupun bukan dari keturunan diraja dan berasal dari keluarga yang miskin, Merlin bertuah kerana dianugerahkan kuasa luar biasa yang menjadikan dirinya sangat istimewa. Segala matlamat hidup dan perjuangan Merlin berkait rapat dengan kehidupan Putera Arthur dan secara tidak langsung membawa kedua pemuda ini menempuh pengalaman yang berbeza di dalam pencarian untuk menemukan Camelot ke arah kedamaian dengan penuh harapan.
Merlin Season 3
Merlin juga menghormati Gaius, ahli fizik DiRaja yang juga merupakan mentor dan penasihat kepadanya tetapi terpaksa merahsiakan keupayaan sihirnya bagi mengelakkan dari hukuman dan ancaman terhadap dirinya dan orang-orang yang rapat dengannya. Ini semua kerana Raja Uther, pemerintah Camelot yang sangat bencikan kuasa magis dan telah bersumpah untuk memerangi kuasa sihir sekeras-kerasnya kerana masih meratapi kematian isteri tercintanya, Ygraine, yang disangka mangsa amalan sihir.
Merlin Season 3
Menariknya, musim ketiga juga diserikan lagi dengan kehadiran para pelakon undangan hebat dan ternama, termasuk empat pelakon dari filem Harry Porter seperti Harry Melling (The Harry Potter Series) sebagai Gilli, rakan Merlin, Warwick Davis (The Chronicles of Narnia) akan memegang watak sang penghuni jambatan, Grettir manakala Miriam Margoyles (Being Julia) sebagai Grunhilda dan diikuti dengan Mark Williams (The Fast Show) yang menyumbangkan suara latar bagi watak Goblin yang licik.
Merlin Season 3
Pelakon undangan dari musim sebelumnya seperti Emilia Fox (The Pianist, Ballet Shoes) yang memegang watak Morgause dan Santiago Cabrera (Heroes, Che) yang mengungguli watak Lancelot juga akan kembali menemui peminat di dalam musim ini. Tidak ketinggalan, suara latar Naga Hikmat akan kembali dihidupkan oleh pelakon lagenda, John Hurt.

Persahabatan, kesetiaan dan kisah cinta kesemuanya diuji dalam drama bersiri menarik ini. Merlin terpaksa memilih antara orang-orang yang disayanginya dalam dunia ini untuk mencapai misinya. Saksikan apakah kesudahan perjuangan Merlin yang penuh dengan pancaroba! Oleh itu, jangan ketinggalan untuk mengikuti drama bersiri terbaru ini khas untuk penonton setia yang kini sedang bersiaran di TV3. Selamat menonton.