Papa Nak Kahwin (Astro Warna)

DRAMA: Papa Nak Kahwin?
PELAKON: Eizlan Yusuf, Muhammad Izzul Islam, Rasyiqah Athirah, Norsyuhada Ab Razak, Farhana Qismina Supandi, Aida Aris, Mubarak Majid, Jalil Hamid, Khatijah Tan, Farah Nadia Zainal Abidin, Zarina Zainuddin
EPISODE: 13 episod
HARI TAYANGAN: setiap Isnin
MASA TAYANGAN: 9 malam
MULA TAYANGAN : 17 januari 2011
SUMBER: Harian Metro

Papa Nak Kahwin astro warna

Sinopsis Papa Nak Kahwin (Astro Warna)

Aswad berpisah dengan Akma kerana isterinya itu ingin mencari kemewahan hidup. Lalu dia lari dari rumah dan mengahwini lelaki Inggeris. Ketiga-tiga anaknya ditinggalkan bersama Aswad yang dipanggil Papa. Sepeninggalan ibu mereka, Aswadlah yang menjaga keperluan anaknya termasuk soal makan minum.
Papa Nak Kahwin astro warna
Kasih sayang Aswad kepada anaknya membuatkan mereka tidak begitu terasa ketiadaan ibu mereka kerana bagi mereka kasih sayang lebih penting daripada harta yang dicari. Ketiadaan isteri yang menguruskan rumah tangga menyebabkan ibu Aswad, Mak Uda (Khatijah Tan) sibuk mencari isteri baru untuk anaknya itu.
Papa Nak Kahwin astro warna
Kebetulan tanpa siapa pun menyedari, Aswad berjiran dengan seorang wanita yang sangat baik hati iaitu Rozi (Aida Aris). Dialah sebenarnya yang layak menggantikan tempat Akma. Apabila Mak Uda tahu mengenai Rozi dia mula hendak menjodohkannya dengan Aswad.Bagaimanapun, selepas dua tahun Akma meninggalkan keluarganya, dia kembali mencari bekas suami dan anaknya. Apakah penerimaan Aswad terhadap bekas isterinya itu dan adakah Aswad sudi hidup bersamanya semula?