RAJA LAWAK 5 (1-11 TAMAT)

RAJA LAWAK 5 (ASTRO PRIMA)
Hari: Jumaat,
Masa: 9.00 malam
Tarikh bermula : 7 Januari 2011
Sumber: astro.com

RAJA LAWAK 5 ASTRO PRIMA

TONTON SIARAN LANGSUNG GELANGANG RAJA LAWAK 5 SECARA ONLINE

1.Klik LINK ASTRO RAJA LAWAK 5
2.tengok GALERI VIDEO.




DOWNLOAD RAJA LAWAK 5
ALKISAH RAJA LAWAK
Alkisah Raja Lawak - Episode 1
PART 1

PART 2

Alkisah Raja Lawak - Episode 2
PART 1

PART 2


DOWNLOAD GELANGGANG RAJA LAWAK

Password : www.heavenofdesires.com (if needed)

Gelanggang Raja Lawak Minggu 1 - PART 1, PART 2, PART 3, PART 4
Gelanggang Raja Lawak Minggu 2 - Part 1, Part 2, Part 3, Part 4
Gelanggang Raja Lawak Minggu 3 - PART1, PART2, PART3, PART4
Gelanggang Raja Lawak Minggu 4 - Part 1, Part 2, Part 3
Gelanggang Raja Lawak Minggu 5 - Part 1 , Part 2, Part 3
Gelanggang Raja Lawak Minggu 6 - MULTIUPLOAD
Gelanggang Raja Lawak Minggu 7 - Part 1, Part 2, Part 3
Gelanggang Raja Lawak Minggu 8 - Part01 | Part02 | Part03
Gelanggang Raja Lawak Minggu 9 - Part01 | Part02 | Part03
Gelanggang Raja Lawak Minggu 10 - Part01 | Part02 | Part03
Gelanggang Raja Lawak Minggu 11 FINAL

Gelanggang Raja Lawak 5 – Minggu 11 – FINAL

Hotfile

  1. http://hotfile.com/dl/110846535/fdbae16/GRL5.2011.M11.SDTV.DiMENSi.part1.rar.html
  2. http://hotfile.com/dl/110846537/86b9a8e/GRL5.2011.M11.SDTV.DiMENSi.part2.rar.html





Man juara Raja Lawak musim kelima (mstar)


Man berjaya meraih undian peminat sebanyak 45 peratus. - Foto Utusan

SHAH ALAM: Seperti dijangka Man atau nama sebenar Abd Rahman Kassim, 33, dipilih sebagai juara program realiti Raja Lawak Astro musim ke lima dalam pertandingan akhir malam Jumaat. Program yang bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) itu menyaksikan peserta yang berasal dari Kuala Lumpur ini berjaya meraih undian peminat sebanyak 45 peratus.

Manakala Kumpulan RJ yang dianggotai oleh Rahim Mat Ali dan Ridhzuan Mat Ali yang menerima undian 32.5 peratus sekadar berpuas hati memenangi tempat kedua dan tempat ketiga menjadi milik kumpulan Balas dengan undian 22.6 peratus. Dengan kemenangan tersebut, Man berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM100,000, barangan elektrik serta trofi sumbagan Astro.

Man bersama-sama kumpulan R2 yang menjadi naib juara manakala kumpulan Balas di tempat ketiga.

Sementara kumpulan RJ dan Balas tidak pulang dengan tangan kosong apabila masing-masing berjaya meraih hadiah wang tunai RM50,000 dan RM30,000, barangan elektrik serta trofi.

"Saya masih lagi tergamam dengan kemenangan ini, ia membuktikan pengorbanan lima tahun dari program pertama hingga ke kelima akhirnya membuahkan hasil. "Sebagai orang biasa, saya rasakan ini merupakan satu keajaiban yang berlaku dalam hidup saya," katanya selepas diumumkan sebagai juara.Tambah Man, dia berharap agar diberi peluang untuk mengembangkan bakat yang ada dalam dirinya.

"Perancangan selepas ini hanya saya serahkan kepada pihak Astro mengembangkan lagi bakat yang ada pada diri saya. "Selain itu, saya juga perlu berbincang dengan majikan saya di Pos Malaysia untuk perancangan selepas ini," ujarnya.

Pertandingan akhir itu diadili oleh tiga orang juri tetap iaitu David Teo, Sathiya dan Afdlin Shauki sementara keputusan penuh pula ditentukan oleh penonton seratus peratus menerusi undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).Dengan keputusan tersebut, secara automatik ketiga-tiga peserta akhir ini layak untuk bertanding di dalam rancangan Maharaja Lawak yang akan bersiaran pada 1 April depan.Program Maharaja Lawak tersebut akan menyaksikan persaingan di antara kesemua finalis rancangan Raja Lawak Astro dari musim pertama hingga kelima.



VIDEO TERBAIK RAJA LAWAK 5


SINOPSIS RAJA LAWAK 5 (ASTRO PRIMA)

12 finalis yang sudah bersedia untuk berentap di Gelanggang Raja Lawak Astro sekaligus menjadi pelapis bagi memeriahkan lagi industri hiburan tanahair terutamanya dalam bidang lawak dan jenaka yang semakin rancak membangun telahpun diumumkan di majlis sidang akhbar yang diadakan pada 27 Disember 2010 di Pasar Seni, Kuala Lumpur.

Masih mengekalkan konsep dan format yang sama seperti empat musim sebelum ini, program Raja Lawak; sebuah program realiti pencarian bakat untuk menjadi pelapis dalam bidang komedi di kalangan rakyat Malaysia kini kembali menggamatkan kaca televisyen untuk musim kelima dan bakal bersiaran pada setiap Jumaat, jam 9.00 malam bermula 7 Januari 2010 di Astro Prima (saluran 105).

12 finalis terbaik telah dikenal pasti menerusi sesi ujibakat yang teliti terdiri daripada lapan peserta berkumpulan iaitu; Kumpulan PUKAW, Kumpulan R2, Kumpulan BOBO, Kumpulan KOPIO, Kumpulan BALAS, Kumpulan KAMI, Kumpulan LUCKY, Kumpulan TBO serta empat peserta solo iaitu; NAZMI, MAN, EPY dan LEMAN.
RAJA LAWAK 5 ASTRO PRIMA
Seperti musim-musim sudah, kesemua peserta akan ditempatkan di sebuah lokasi dan bakal menerima latihan serta bimbingan profesional oleh barisan pengkritik tetap pada setiap minggu secara bergilir-gilir sebagai persediaan sebelum membuat persembahan mingguan secara langsung.

Tiga orang pengkritik tetap akan dipertanggungjawabkan untuk menilai persembahan para peserta berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Mereka bakal menilai para peserta berdasarkan kelucuan dan elemen jenaka dalam sesebuah persembahan; keaslian persembahan dan kreativiti; bakat dan kemahiran lakonan serta sama ada para peserta berpotensi diketengahkan sebagai pelawak.
RAJA LAWAK 5 ASTRO PRIMA
Walau bagaimanapun, nasib para peserta akan ditentukan sepenuhnya berdasarkan sistem pemarkahan 100% undian penonton melalui sistem pesanan ringkas (SMS). Peserta yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu akan tersingkir. Cara-cara untuk mengundi akan diumumkan dari semasa ke semasa di saluran Astro Prima.

Sebagai pembuka tirai, para penonton bakal menyaksikan sedutan-sedutan dari sesi ujibakat melalui program Al Kisah Raja Lawak Astro sebanyak dua episod pada 30 & 31 Disember 2010 (Khamis & Jumaat), jam 9.00 malam. Setiap gelagat, aktiviti mahupun rutin harian para peserta akan dipaparkan selama lima minit setiap siaran menerusi program Kapsul Raja Lawak Astro pada setiap Isnin hingga Khamis pada jam 9.00 malam bermula 3 Januari 2011. Manakala persembahan para peserta pada setiap minggu boleh ditonton menerusi program Gelanggang Raja Lawak Astro yang bakal bersiaran secara langsung pada setiap Jumaat, jam 9.00 malam bermula 7 Januari 2010 dari studio Finas, Hulu Kelang.
RAJA LAWAK 5 ASTRO PRIMA
Program Raja Lawak Musim Kelima sekali lagi bakal menyaksikan gandingan mantap Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz atau lebih dikenali sebagai Johan dan Mohd Razizan Abd Razak atau Zizan yang telah diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara di Gelanggang Raja Lawak Astro pada setiap minggu.

Pihak Astro juga amat berbesar hati untuk mengumumkan kehadiran Radio Sinar FM sebagai radio rasmi Raja Lawak Astro dan turut disokong oleh Radio Era FM serta Murai.com.my selaku portal hiburan rasmi untuk musim ini.
RAJA LAWAK 5 ASTRO PRIMA

Jika anda sudah tidak sabar-sabar untuk mengenali siapakah peserta-peserta pada kali ini, sila lawati
www.rajalawak.com.my,
www.facebook.com/rajalawak5
www.twitter.com/rajalawakastro