SATU KETIKA NATRAH



Suatu Ketika…Natrah
Hari: Ahad
Tarikh:30 Januari 2010,
Masa:5.00 petang,
Astro Prima.
sumber: budiey.com


Suatu ketika dahulu, seorang gadis keturunan Belanda Natrah telah diambil sebagai anak angkat dan dibela oleh keluarga Muslim dan diberi nama Natrah. Tiada siapa dapat menyangka hasrat murni ini akhirnya telah menimbulkan isu rusuhan yang berbaur sentimen agama dan warna kulit. Siapakah Natrah dan bagaimanakan perkara ini boleh berlaku?

Natrah atau nama sebenarnya Bertha Hertogh gadis keturunan Belanda yang berumur 13 tahun telah diambil sebagai anak angkat dan dibela oleh keluarga Muslim. Tercetusnya kontroversi apabila Natrah dipulangkan kepada keluarga sebenar sehingga menimbulkan isu rusuhan Natrah di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini berlaku akibat berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit. Masyarakat Islam di Tanah Melayu dan Singapura kecewa Natrah akan dimurtadkan.

Natrah telah diserahkan untuk dipelihara oleh Che Aminah Mohamad ketika Zaman Penjajahan Jepun oleh ibu kandungnya, Che Aminah yang kemudian membawanya lari ke Borneo untuk menyelamatkannya dari seksaan Jepun.

Sejak itu, Natrah dibesarkan oleh Che Aminah dan bukan ibu kandungnya. Ketegangan mula meruncing ketika Mahkamah Tinggi Singapura mula mengubah keputusannya yang mana pada mulanya Natrah diserahkan kepada keluarga Belandanya, kemudian Natrah dipulangkan semula kepada Che Aminah atas dasar kemanusiaan.

Sementara itu, bagi memberi kefahaman yang lebih mendalam tentang sejarah yang disiarkan dalam bentuk dokumentari, sejarah tentang Natrah ini turut diceritakan dalam bentuk yang lebih fiksyen melalui drama bersiri empat episod hasil lakonan cemerlang Juliana Evans melalui Astro Citra semenjak 2 Januari baru-baru ini pada jam 9.00 malam.

Natrah merupakan perbalahan antara dua agama, dua budaya dan dua ibu. Bagi mereka yang mengikuti dan mahu mengetahui dengan lebih lanjut tentang kisah hidup Natrah, jangan lupa untuk menyaksikan dokumentari