Tiada Lama Tiada Baharu (TV1)

Tiada Lama Tiada Baharu
Mula Tayangan: 14 Jan 2011
Hari Tayangan: Setiap Jumaat
Masa Tayangan: 9.00 malam.
Sumber: Budiey.com

Tiada Lama Tiada Baharu
Dua hos sensasi Azwan Ali dan Didie Alias bakal muncul sebagai hos rancangan dengan imej dan gaya penyampaian bersahaja. RTM yakin dua nama popular ini bakal memberikan kejutan tersendiri. TLTB dengan tagline ‘Satu satunya’ yang bertujuan melahirkan bintang-bintang realiti TV yang berwibawa lagi berkualiti dan mampu bertahan lama dalam arus perdana dunia seni negara.

Siaran langsung TLTB ini akan bersiaran langsung untuk 13 minggu dan Malam Kemuncak program dijangka berlangsung pada 15 April 2011.

Pendekatan ala ‘Kursus Luar Kampus’ akan diserapkan sebagai pendekatan program dalam melahirkan penuntut yang serius dalam menimba ilmu seni, khasnya muzik dan nyanyian. Pensyarah-pensyarah terlibat adalah Dia Fadilla (untuk kursus nyanyian) dan EE (untuk kursus tarian & persembahan). Manakala 11 Ikon yang tersenarai akan bertindak sebagai pensyarah jemputan khas.

Program realiti TV ini juga mencetuskan sejarah bila menyenarai pendek 61 penuntut yang bersaing untuk 2 kategori utama iaitu kategori nyanyian (39 penuntut) dan kategori muka iras artis (22 penuntut).

Program realiti TV TLTB ini juga akan menampilkan kejutan kemunculan bintang-bintang remaja popular setiap minggu, sekaligus memberikan impak kepada usaha memberikan penghargaan kepada 11 Ikon tersebut.

Dari aspek penjurian memilih finalis ke Malam Kemuncak ‘Tiada Lama Tiada Baharu’ Satu satunya, pecahan undian adalah Undian Ikon 50 %, undian Sms 30% dan undian pemerhatian 20 %. Setiap minggu, 3 penuntut akan berentap dimana seorang akan diumumkan sebagai Juara Mingguan. 11 episod persaingan mingguan akan berlangsung, 1 episod ‘PRA AKHIR’dan episod ke 13 adalah Malam Kemuncaknya.

11 Juara Mingguan akan ke peringkat akhir bersama seorang penuntut yang dipilih secara UNDI BALIK berdasarkan peratus undian tertinggi, untuk disenaraikan juga ke Malam Kemuncak program realiti TLTB pada 15 April 2011.

Anugerah yang disedikan di Malam Kemuncak adalah kategori nyanyian (Bintang Terbaik, Persembahan Terbaik, Bintang Paling Popular, Bintang Contoh dan Ikon Paling Popular). Manakala kategori muka iras artis pula bagi mencari pemenang Juara, Naib Juara dan Tempat ke 3.