The Tourist

The Tourist
Pelakon: Johnny Depp, Angelina Jolie and Paul Bettany
Tayangan : December 10, 2010

The Tourist

Sinopsis The Tourist

Filem “The Tourist” bermula dengan Elise (lakonan Angelina Jolie) menantikan arahan dari teman lelakinya yang agak misteri , Alexander Pierce untuk berjumpa di Vanice. Pierce yangmenjadi buruan sekumpulan gangster Russia yang telah beliau tipu sebanyak $ 2 billion. Pihak polis British pula ingin mengutip cukai sebanyak $775 atas wang tersebut memandangkan Pierce adalah seorang warganegara British. Untuk tujuan itu pihak polis yang diketuai oleh Inspector John Acheson (lakonan Paul Bettany)cuba mengekori Elise dengan harapan Elise akan membawa mereka kepada Pierce.
The Tourist
Dalam satu nota yang Alexander Pierce berikan pada Elise, beliau meminta Elise menaiki keretapi ke Vanice dan duduk disebelah lelaki yang mempunyai susuk tubuh, raut wajah dan tinggi sepertinya. Beliau juga mahu Elise berlakon seolah-olah lelaki itu adalah dirinya. Ini kerana pihak polis dan gangster tidak tahu rupa Pierce yang baru setelah menjalani pembedahan plastik bernilai $20 juta. Elise memilih untuk duduk disebelah Frank Tupelo (lakonan Johnny Depp), seorang guru matematik dari Amerika Syarikat yang sedang bercuti di Eropah. Frank Tupelo adalah seorang pelancong (tourist),

Pihak polis hampir tertipu dan cuba menangkap Frank semasa tiba di Vanice, namun di saat-saat akhir sistem komputer mereka mengesahkan lelaki itu adalah Frank Tupelo seorang warganegara Amerika dan bukannya Alexander Pierce. Mereka pun terpaksa membatalkan operasi menangkap dan terus mengintai Elise secara senyap-senyap biarpun pihak atasan (boss John Acheson) mengarahkan kes ditutup kerana belanja operasi sudah pun mencecah $8 juta.
The Tourist
Beberapa insiden berlaku semasa di Vanice telah menyebabkan Elise dan Frank jatuh hati sesama mereka , manakala aksi bercium mereka telah memperdayakan gangster Russia yang kini yakin bahawa Frank adalah Alexander Pierce. Pihak gangster cuba menangkap Frank tetapi beliau diselamatkan oeh Elise yang rupa-rupanya seorang agen pihak polis British yang tugasnya adalah untuk memerangkap Alexander Pierce. Dalam tugasannya itu, Elise jatuh cinta denga Pierce dan menyebabkan operasi pihak polis British gagal dan Elise menghilangkan diri dengan Pierce selama dua tahun sehingga dijejaki kembali oleh pihak polis kini.
The Tourist
Oleh kerana Elise kini jatuh hati kepada Frank, maka dia pun bersetuju untuk membantu pihak polis British bagi menangkap Pierce bagi menjamin Frank selamat. Beberapa insiden berlaku selepas itu termasuklah Elise di tangkap oleh pihak gangster. Ia menyebabkan identiti Pierce terbongkar dan wang $2 billion itu ditemui. Untuk kesudahan filem ini, sila tontoni sendiri di panggung wayang berdekatan dengan anda. Saya tak mahu hilangkan rasa ingin tahu atau suspens penonton yang mahu menyaksikan filem ini. :D

Filem ini diarahkan oleh Florian Henckel von Donnersmarck dan merupakan re-make kepada filem Perancis “Anthony Zimmer” (2005). Antara pelakon lain yang membintangi “The Tourist” ini adalah Timothy Dalton, Steven Berkoff dan Raoul Bova.